Assaalamualaikum wrbt.
Siapa pertama kali mendengar perkataan biomedical?
Mungkin ada adik-adik yang sedang mencari kursus untuk dipelajari di universiti dan ingin tahu apa itu biomedical engineering.
Ok, biomedical atau bioperubatan ialah gabungan perkataan biologi dan perubatan.
Oleh itu, biomedical ini menjurus kepada kursus yang berkenaan dengan perubatan.
Ada siapa yang berminat nak masuk bidang perubatan atau nak jadi doktor, tapi dia takut darah, takut nak cucuk orang?
Haa, kursus ini sesuai untuk anda.
Ok, sebelum tu nak bagitau yang biomedical ini terbahagi kepada dua cabang yang besar iaitu biomedical engineering dan biomedical sciences.
Biomedical engineering lebih khusus kepada engineering @ kejuruteraan yang ada kena mengena dengan perubatan dan hospital.
Contohnya, belajar tentang mesin untuk mengesan sakit jantung (ECG), mesin ultrasound untuk tengak fetus dalam perut, implan untuk menggantikan tangan, kaki yang patah, dan sebagainya.
Implan |
ECG |
Menarik kan?
Jadi, Antara universiti di Malaysia yang menawarkan bidang Biomedica Engineering ini adalah :-
UTM
Biomedical engineering
UNIMAP
Biomedical Electronic Engineering
UM
Biomedical Engineering
CUCMS
Biomedical engineering technology
UTAR
Biomedical Engineering
Sila layari laman web tersebut untuk tahu lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan.
Jika ada pertanyaan berkenaan Biomedical Engineering, anda boleh kongsikan di ruang komen ya.
Terima kasih😘
Yang benar,
Graduate Biomedical Engineering (UTM)
First Batch.
Salam kak, boleh tak saya nak tanya beberapa soalan. Pertama sekali saya memang minat biomedical engineering tapi bila syaa cari kat upu ada dua tempat ja yg ada um dan unimap tapi tk ada utm. Kenapa ya? Dan boleh tak kak cerita kerjaya kak sekarang. Sebab saya nak sure if saya memang betoi minat biomedical engineering. Thank youu ��
ReplyDelete