Social Icons

Pages

Showing posts with label COLORFUL Journey. Show all posts
Showing posts with label COLORFUL Journey. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

Rindu

Assalamualaikum wrbt..
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat, fizikal, emosi dan iman…
Oh lamanya tak melawat dan kemaskini blog ni..
Entri terakhir sebelum kahwin tu..hehe
Bizi no agaknya ya berumahtangga ni…
Hari ni tiba-tiba rasa jari ni rasa rindu nak menari atas keyboard dan update blog ni.
Sebenarnya rasa macam ruginya tak simpan memori dalam bentuk tulisan bila tengok semula entri-entri dulu rasa rindunya…
Rindu pada berbagai-bagai perasaan yang pernah dialami, rindu pada kenangan dulu.. Rindu pada mereka semua..
In shaa Allah aku akan cuba untuk merajinkan diri untuk merakamkan memori dalam blog ni.
Mungkin berkenaan kisah suka duka aku dalam menggali ilmu dalam perjalanan mendapatkan seketul doctor falsafah atau mungkin kisah famili kami yang bakal terima orang baru in shaa Allah atau apa sahaja yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri, orang lain dan agama.

Sebelum letak noktah untuk entri ni, nak letak satu gambar kahwin kami sempena ulang tahun yang ke-11 bulan..hehe..Bulan depan in shaa Allah dah setahun dah duduk serumah dengan housemate lain jantina ni..hikhik.. dan in shaa Allah akan bertambah lagi housemate baru..heee =).. Alhamdulillah untuk segala nikmat-Mu ya Rabb.

Tuesday, March 4, 2014

Cabang-cabang kehidupan


Bismillahirrahmannirahim..
Assalamualaikum...
.
Haha... selalu bercita-cita nak update blog selalu nak improve skill of writing (harapan ;P)..
Tapi... yang terjadi.. camni lah... setelah sebulan baru jari ni mampu menari-nari atas keypad dan menyusun ayat.
Well, biaselah bizi katekan..huahuahua.. poyo jer..
Ai.. bile la aku nak ubah cara penulisan ni biar matang sket..
Asal matang jer.. aku tertulis puisi la, sajak la, pantun la..haha
Hmmm... ape2 la kan.. asalkan kita enjoy! (excited gaya nora danish dalam drama puteri..hihi)

Ok, sebenarnyer nak cite kehidupan aku akhir2 ni mmg penuh drama..
Drama PhD..
uh... x penah dibuat pengarah tajuk drama educated camni kan..
tapi tu lah.. skrip kehidupan ni sume ditulis oleh yg Maha Kuasa..Allah s.w.t
So, segala-galanya mungkin..

Bulan lepas bulan yang penuh dengan cabaran..
Pengumuman dekan menyatakan kami tutor-tutor tak dibenarkan untuk sambung PhD memang betul-betul menyesakkan dada merenggut jiwa.
Tersepit dengan harapan hati yang ingin melanjutkan pelajaran di tempat baru (baca: oversea), berhenti dari skim sekarang, ikatan hati terhadap ukhuwwah dakwah dan tarbiyah yang banyak menarik aku untuk stay disini, kadar pengangguran dan ekonomi di Malaysia yang bukan senang nak cari kerja lain dan sebagainya.



Rasional vs emosional.
Istikharah & Musyawarah



Yup, jika diikutkan hati aku lagi2 ditekan oleh beberapa orang disekeliling aku memang dah setengah jalan ambil keputusan untuk berhenti dari institusi ini dan mencari kerja berdekatan dengan kampung halaman. Istikharah perlu dibuat berkali-kali, lagi dan lagi kerna kadang-kadang atau selalunya hati kita yang banyak dosa ini sukar untuk membaca apa yang terbaik untuk diri. Dan, ianya bukan sekadar istikharah malah kadangkala musyawarah lebih penting dari istikharah. Perbincangan bersama yang pakar dan yang lebih berpengalaman banyak meneutralkan keadaan tegang dalam diri seterusnya membuatkan aku dapat berfikir dengan lebih rasional. Kata seorang pengurus, jika awak telah mendapat tawaran untuk menggantikan jawatan awak sekarang, saya memang menyokong keputusan awak, tapi awak tidak pasti jalan awak seterusnya jika awak ambil keputusan ini. Memang aku dah banyak minta jawatan atau biasiswa lain sejak konstroversi jawatan pertengahan tahun lepas. Namun, rezeki belum berpihak pada aku. Kata seorang yang berpengalaman pula, sekarang bukan senang untuk dapat kerja walaupun telah mempunyai PhD..
Mendapat nasihat dari orang lain dengan jiwa terbuka memang terkesan dihati. Seterusnya aku menilai baik dan buruk diantara peluang-peluang yang ada.

Setelah berfikir dengan tenang dan rasional, aku menerima pendapat si pakar dan si berpengalaman. Ada betulnya apa yang mereka katakan, berhenti sekarang seperti aku lari dari mulut buaya dan mungkin masuk mulut naga. Aku mengambil keputusan untuk mengikut arahan mereka untuk sambung disini memandangkan dengan status aku yang tidak terikat dengan institusi ini aku masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara jika mempeolehi mana-mana tawaran biasiswa lain.


Pemilihan tidak berhenti setakat itu sahaja, kehidupan ini memang penuh dengan pilihan. Setelah membuat keputusan sambung pelajaran disini, aku perlu memilih penyelia untuk pengajian doktor falsafahku.. dan ianya perlu dari fakulti ini sahaja?!... dah la fakulti ni berapa kerat jer pastu yang buat bidang berkaitan lagilah secipot...kena pilih tajuk lagi...
Tajuk projek yang aku akan bergelumang dan orang yang aku akan jumpa selalu dalam masa 3 tahun!
Ia bukan keputusan yang mudah. Bukan semudah memilih ikan di pasar atau memilih baju di butik..

Dekan mencadangkan aku sambung PhD diselia oleh Dr. A tapi aku berminat untuk bekerja dengan gaya pemikiran Dr. B. setelah membuat kaji selidik pelajar-pelajar kedua-dua doktor tersebut, in shaa Allah aku rasa Dr. B lebih sesuai dengan cara kerjaku. Selain itu, aku juga berminat untuk bekerja bersama Dr. C di luar institusi yang aku menyenangi cara seliaan beliau. Tapi setelah aku buntu merangka kertas kerja yang berkaitan dengan kepakaran Dr.B dan Dr.C, aku meminta pendapat Dr.D yang mengetahui bidangku.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat menguruskan borang-borang cuti belajarku minggu lepas walaupun terdapat pertukaran di saat-saat akhir siapa penyelia utama dan penolong penyelia. In shaa Allah ianya yang terbaik setakat ini.

Kerna yang pasti, dalam perjalanan kehidupan ini kita pasti akan melalui cabang-cabang peluang yang kita hanya mampu pilih satu dari banya-banyak itu.


 
p/s : Pemilihan tajuk dan supervisor yang aku akan berdepan selama 3 tahun aku da pening2 camni, camnelah nak pilih orang yang akan sehidup semati...hurm...




Monday, August 13, 2012

"Selalulah melihat kebawah, anda akan berasa syukur. "


Alhamdulillah.
Jika ramadan tahun lalu berkesempatan berbuka bersama warga raudhatul sakinah, tahun ini rezeki meraikan anak-anak yatim.

Pengalaman 6 jam bersama mereka membawa seribu erti.
Program Tautan Kasih ini berlangsung di Masjid Tan Sri Ainuddin, Taman Universiti pada 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadan 1433H.
Pada mulanya jasa kami diperlukan untuk menjadi supir sahaja, iaitu menyediakan pengangkutan kepada adik2 tersebut.
Tetapi, disebabkan para fasilitator kekurangan sumber tenaga, kami dengan sukarela membantu untuk program remaja sekolah menengah.

Program berlalu dengan beberapa sesi motivasi seperti menyelami apa cita2 dan harapan mereka, memberi semangat dan sebagainya.
Sesi paling syahdu bermula pabila paklong menyerahkan setiap seorang sekeping kad untuk di tulis  dan seterusnya di berikan  kepada ibubapa dan penjaga.
Sebelum menulis sebarang ayat di atas kad raya tersebut, kami di pertontonkan dengan dua video untuk menjadi sumber idea mengarang ucapan.
Salah satu video tersebut ialah video di bawah.

Paklong kata video tersebut dirakam pada salah satu program beliau.
Ya!..sangat syahdu.
Air mata kami x dapat dibendung.

Ya Allah, aku sangat bersyukur.
Masih mempunyai ibubapa, keluarga.
Alhamdulillah.

Antara banyak2 cerita adik2 anak yatim ini.
Satu cerita betul2 menggamit perasaan.
Seorang pelajar perempuan, form 4.
Ibubapanya telah bercerai dan
ibunya meninggal akibat barah tahun lalu.
Sekarang, beliau tinggal bersama adik2nya sendirian berhadapan dengan rumah datuk dan neneknya.
Beliaulah yang menguruskan semua perbelanjaan yang nafkahnya diberi oleh ayah, menguruskan makan minum adik2, basuh baju, bil2 dsb.
Dan dalam masa sama perlu menumpukan pelajaran untuk spm tahun akan datang.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada dia dan juga anak2 yatim yang lain.
Semoga mereka tabah.
Sesungguhnya amat sukar untuk aku menggambarkan perasaan itu.

kami, supir2 yang comel bersama makcik nailah

group kami; aku, k.as dan k,yati bersama adik hanisa, adik sakinah dan adik zalika.

Akhir kata,  jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Nak kongsi jugak iklan raya paling best untuk tahun 2012 (^,^)



Tuesday, July 24, 2012

Right Path (The Opening)


//4 ramadhan 1433 H//

Assalamualaikum...
How are you?...Hmmm...nope... How's your ramadhan?
InsyaAllah, if nothing happen...we already fast for four days and just finished the fifth tarawikh...

Ramadhan...The month of full of barakah...
InsyaAllah everyone struggle to intensify our  worship...lillahitaala..
- sadaqah, pray, sunat prayer and many more...

Everyday, we recite surah al-fatihah for at least 17 times... 
Do we really understand the meaning of this surah??...
Let memorize together..
Hopefully when we understand the meaning can increase our devoted when pray.
Amin

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
 All praise is due to Allah, the Lord of the Worlds.

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
The Beneficent, the Merciful

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Master of the Day of Judgement

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Thee do we serve and Thee do beseech for help

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Keep us on the right path

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
The path of those upon whom Thou hast bestowed favors. Not (the path) of those upon whom Thy wrath is brought down, nor of those who go astray.     


p/s : Alhamdulillah, i'm still alive for this ramadhan. Alhamdulillah, letter from senate safely received at my home. InsyaAllah this October will be my big day. Alhamdulillah.Syukran ya Allah. InsyaAllah many more good thing will happen this ramadhan. Amin.

Sunday, July 22, 2012

sketsa ramadhan

1 Ramadhan 1433H


" Aisyah, can you send me to sri putri at 7.00 pm?"
" Hmmm, 7.00 pm right?... ok... insyaAllah"
:
:
:
" it almost 8 o'clock, we pray at sri putri mosque, eyh?
"Ok"
" It's will be rush if we go back now. So, we do taraweh here la"
:
:
" Aunty, here the tarawikh is 8 or 23 rakaat?"
" 23 rakaat, may be sometime you can pray 23 rakaat of tarawih, it's not a big deal for you right? "
" Ulp...ha..hmm"
:
:
:
Blinking2, 
Aaar...Its time to feeding my bluvy!
:
:
Search for.
Petrol station.
Atm machine.
:
:
Caltex!
But its already close the door.
Cannot withdraw money.
:
:
" Su, can i borrow 10 ringgit?"
" I also have this notes only "
:
"Hihi..thank you..hmm. we need to go to taman universiti to withdraw notes before buy food"

In a sudden

" Kak Su, where are you right now?" 
Su story from A to Z and..
" Let's go to eat!"
" Ha!... ok..let's come to sri putri, we already here. Please bring extra money!"
" Ok!"

Yeah like a miracle..
Allah send she to help us.
Rezeki are from Allah.
It will come from  unpredictable source

Surah Al-Talaq (2-3)
" Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkan) serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat0bulan kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Alhamdulillah..Thank you Allah for every grace you give me...

Last but not least

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.

Hopefully this ramadhan is better than previous ramadhans.
InsyaAllah.
Amin

Thursday, May 24, 2012

Infiniti

Assalamualaikum w.b.r.t
This moment, my feeling  full with this
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Syukran Ya Allah diatas rahmat, hidayah dan nikmat-Mu yang infiniti...
Alhamdulillah...Akhirnya aku telah berjaya viva dengan jayanya pada 17 Mei yang lalu...
Mendapat tiket untuk graduat SEMESTER DEPAN...InsyaAllah

Alhamdulillah dengan minor correction sebulan (chaiyok2 aisyah, cepat siapkan correction tu...byk lg bende yang perlu dibuat)

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar....

Sesungguhnya, segala yang ditentukan oleh-Nya sememangnya adalah yang terbaik...

1.Sebaik saja aku abis viva pukul 10.30 (setelah di soal siasat selama 2 jam lebih..hihi), aku terus ke New York Hotel tengahari tu untuk menunaikan satu lagi tanggungjawab iaitu as a tutor n kitorang ade workshop pasal lab and equipment tuk fakulti baru...time die elok2 je sbb petang sempat bincang lab tuk biomechanics

2.Petang tu pula iftar dengan geng2 usrah postgrade....
Hehe, sume org kate aku sangat berseri2...(hikhik..kelegaan kot setelah berpenat lelah selama 2 tahun lebeh)

3.Rahmat Allah memang tiada penghujungnya, disebabkan aku dah viva aku x berbelah bagi tuk join program 'Ini Sejarah Kita' yang sangat menarik...Nama je muslim banyak sangat kot aku x ingat... Tahun nabi Muhammad mendapat wahyu, siapa yang tolong beliau semasa hijrah, empayar2 abbasiyah, uthmaniyah, salehudin al ayubi, sultan muhammad fateh, siapa khalifah yang teraknir... oooh berasa sangat malu kat program tu... name je bijak pandai dapat 8A bagai mase pmr spm... tp sekarang tanya semula banyak yang x ingat...Itulah bezanya belajar dengan hati dan dengan otak... kita perlu belajar dengan hati...barulah ianya ikhlas, ade emosi dan sentiasa diingati..

Ok... rase cam dah melalut ni... 
Ok sebelum tu nak kongsi beberapa kata-kata menarik dari pencetus semangatku;

" Kalau nak tunggu sampai betul2 konfiden, sampai bila pon ko tak present" itu ayat supervisor kesayanganku
" Selawat sebanyak mungkin, minta pada Allah agar diberi kekuatan dan keberanian" ayat abah yang memang menenangkan di saat aku tersangatlah cuak dan risau
" Salam aishah, good luck for your viva. May the Force b with u :)" dari salah sorang panel aku
" InsyaAllah, takyah la risau sangat".....
" InsyaAllah awak mesti boleh buat yang terbaik "....

dan banyak lagi

Terima Kasih yang tak terhingga kepada kalian. Kejayaan ini sebahagian dari kejayaan kalian... love u all <3 lillahitaala...


 p/s : Already got green light.. therefore no more video and internet review about u before sleep... InsyaAllah u'll be mine, galaxy 7.0 plus!!

Thursday, March 29, 2012

MAC




Mac datang lagi
Dengan tema yang sama
Seperti tahun lepas
'Perkahwinan'
 Dulu selatan -melaka-jannah
Kali ini utara-ruwaida&Afiqah-
Setiap perjalanan punya cerita tersendiri
Suka duka kehidupan
Yang akan menjadi kenangan
Di masa hadapan

related to:mac 2011





Hehe...aku g kenduri kawin ke g tengok flora n fauna ek..
Ish tetibe x muat lak nak insert gambo2 kami sume...
Nanti la i edit smula yer....weeee  (^^)v


p/s: Natural Beauty come from Neutral feeling =)

Wednesday, March 14, 2012

Bagaikan MIMPI~


.
Terbang...
Merentasi laut cina selatan..
Mencari ketenangan...

Alhamdulillah...
Aku telah membuat keputusan yang tepat..
Memilih untuk berada di Kota Kinabalu...

Percutian itu sangat menyeronokkan..
Bersama mereka...
Rakan-rakan sekerja ku...
Menghayati keindahan alam
Ciptaan-Nya...
Cukup indah...

"
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa

yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita

Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah

untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia "

-lirik lagu hikmah kembara - Mirwana-

Sesungguhnya...
Kenangan itu sangat indah...
Melawat rumah panjang dan melihat bunga rafflesia..
Melihat sendiri puncak gunung kinabalu...
Gunung tertinggi di malaysia...
Yang sentiasa di litupi awan...
SubhanaAllah... 
sangat indah...
Kagum seketika..
Pabila melihat permandangan bagai lukisan itu
Wujud di negara sendiri..
Selain gunung ganang hutan belantara....
Lautan di kota kinabalu juga tidak mengecewakan..
Pasir yang putih...
Air yang biru...
Ikan berwarna-warni...
Batu karang dan tapak sulaiman yang pelbagai bentuk...
Cukup mempersonakan..



 



Alhamdulillah...
Aku sangat bersyukur ya Allah...
Memperoleh peluang ini...
InsyaAllah,
Kembara kita kali ini
Akan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin...
Semoga kami akan menjadi pendidik
Yang akan berjasa kepada...
Keluarga, fakulti, universiti, agama, bangsa dan negara...
Dan semoga kami diberi kesempatan mengembara di negara orang pula satu hari nanti...
Amiin=)


  
 

Sample text

Sample Text

Sample Text