Social Icons

Pages

Thursday, March 15, 2012

Muhasabah Cinta -Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

#. :

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to #

Wednesday, March 14, 2012

HIKMAH KEMBARA - MIRWANA

Nak post video ni kat entri sebelum ni tapi terlebih kapasiti...
So, layan je la eyh..=P

Bagaikan MIMPI~


.
Terbang...
Merentasi laut cina selatan..
Mencari ketenangan...

Alhamdulillah...
Aku telah membuat keputusan yang tepat..
Memilih untuk berada di Kota Kinabalu...

Percutian itu sangat menyeronokkan..
Bersama mereka...
Rakan-rakan sekerja ku...
Menghayati keindahan alam
Ciptaan-Nya...
Cukup indah...

"
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa

yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita

Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah

untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia "

-lirik lagu hikmah kembara - Mirwana-

Sesungguhnya...
Kenangan itu sangat indah...
Melawat rumah panjang dan melihat bunga rafflesia..
Melihat sendiri puncak gunung kinabalu...
Gunung tertinggi di malaysia...
Yang sentiasa di litupi awan...
SubhanaAllah... 
sangat indah...
Kagum seketika..
Pabila melihat permandangan bagai lukisan itu
Wujud di negara sendiri..
Selain gunung ganang hutan belantara....
Lautan di kota kinabalu juga tidak mengecewakan..
Pasir yang putih...
Air yang biru...
Ikan berwarna-warni...
Batu karang dan tapak sulaiman yang pelbagai bentuk...
Cukup mempersonakan..



 



Alhamdulillah...
Aku sangat bersyukur ya Allah...
Memperoleh peluang ini...
InsyaAllah,
Kembara kita kali ini
Akan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin...
Semoga kami akan menjadi pendidik
Yang akan berjasa kepada...
Keluarga, fakulti, universiti, agama, bangsa dan negara...
Dan semoga kami diberi kesempatan mengembara di negara orang pula satu hari nanti...
Amiin=)


  

Monday, February 27, 2012

Antara Dua

Menaip di malam gelita
Bertemankan sang katak memanggil hujan
Oh makin lebat lah hujan menyelimuti tidurku nanti

Antara dua
Aku masih gagal memilih yang terbaik
Walaupun masanya kian suntuk

Kedua-duanya hampir sama
Punya keistimewaan tersendiri
Cuma konsepnya berbeza

Pilihan pertama
Teknik berdikari akan diuji
Keberanian dan kepercayaan
Pilihan kedua
Kepasukanan dan ilmu
Pilihan pertama juga akan memperoleh ilmu
tetapi secara tersirat

Jujur, 
Hati lebih terarah kepada yang pertama
Alasan, peluang yang jarang didapati
Atau mungkin kerana telah mengeluarkan modal
Walaupun sedikit

Oh Tuhan,
Berikan aku petunjukMu,
Kerna Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini
Amin




Ok, mesti pelik kan... ape la aku merepek ni
Sebenarnyer seminggu ni aku konfius nak pegi kota kinabalu flight tiket murah dgn gang2 tutor tu ke x.
Sebab konfius? Kitorg pegi 5 org, tapi aku ngn ayien kne pegi awal sehari dr yg lain2..
Tapi, last minit ayien x dpt pegi sebab uruskan prof. pelawat. So, aku kene pegi sorg2 awal sehari
Heheee... konfius cam nak g negara lain je... padahal sabah je pon...=P
Xde la sbb aku ade satu lagi program pada mase same...
So, sekarang ni tengah buat pilihan yang terbaik...
kota kinabalu vs muhayyam
Bak kata pak uda tadi, pegi je la pastu dok je kat hotel tu smpi yg lagi 3 org dtg esoknyer ape susah...
Kaan, entah2 Allah s.w.t saje nak suh aku praktis g sorg dulu dlm mesia ni kot2 nanti kene g oversea sorg2 ...(Hehe, walaupon aku sangat berharap aku x sambung phd sorg2 nanti). 



p/s: buku itu sold out juge di situ...

Friday, February 24, 2012

I'm Normal U r Weird...

Bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah
Bisakah ku menebak masa cintakan tercipta
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya
Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa
Sulitkah mahuku cuma untuk mengucapkan cinta
Aku bersahaja
kamu yang luar biasa

Bukan syurga yang kupinta
Hanya secebis cinta yang terbazir di dunia
Aku bersahaja
Menanti di tebing sana
Haus tak terarah
Hanya satu yang ku pinta
Seteguk air cinta
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya
Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa
Sulitkah mahuku cuma untuk mengucapkan cinta
Aku bersahaja
kamu yang luar biasa

Bukan syurga yang kupinta
Hanya secebis cinta yang terbazir di dunia
Aku bersahaja
Menanti di tebing sana
Haus tak terarah
Hanya satu yang ku pinta
Seteguk air cinta
Sunrise in my Dream~
p/s: I know the shielding is thick but i want to penetrate it.... 
can i?
yes...
right? 
=) =P

Monday, February 20, 2012

Saat yang aku tunggu selama ini


Alhamdulillah
Aku da selamat melepasi  check point itu
check point pertama
di mana di check point ini aku boleh memecahkan batu yang selama ini tertanggung berat di bahu

mungkin untuk sementara waktu
kerana selepas ini
aku masih memerlukan batu2 itu sebagai senjata di check point2 yang akan datang

perjalanan menuju ke check point ini
ku anggarkan perjalanan ini
seperti mendaki gunung yang tinggi
aku melangkah agak laju di kaki bukit
tetapi kaki ku seperti kejang seketika ketika hampir diatas
juga hampir sesat di celah2 pokok 
serta kadangkala terasa tidak terlarat mengejar rakan-rakan seperjuangan

di saat akhir itu
aku seperti berda di hujung gunung yang curam
aku perlu terjun ke jurang itu untuk ke check point seterusnya
tetapi ketika itu ku rasakan aku lebih banyak termenung di tebing jurang
memikirkan kiranya aku terjun
adakah harimau atau gajah akan menyerang aku
atau si ular atau kala jengking akan mematuk aku

dan tiba2 di kala aku termenung itu, 
aku ditolak
lalu jatuh 
hmmm.... ketakutan dalam diri aku memang melampau
kadang2 merimaskan aku sendiri

alhamdulillah
realiti tidak sesukar mimpi
aku bersyukur padaMu ya Allah
kau tunjuki jalan di setiap permasalahan
Syukran

Dalam perjalanan menuju puncak ini
Ramai yang menolong dan memberi semangat
Seperti perjalanan explorace ataupun merentas desa
aku sedang berlari dan ramai pemberi semangat di luar trek
termasuk juga pertolongan dari rakan2 dalam perjuangan yang sama
dikala aku jatuh dan memerlukan bantuan
terima kasih kalian
Semoga hidup kalian sentisasa dirahmati Allah s.w.t

Saat ini
Masanya untuk bertawakal
Semoga apa yang aku kumpulkan sepanjang perjalanan ini 
dapat di terima oleh penjaga check point itu
aku sangat risau
sebenarnya sangat risau
adakah mereka akan menerima ia
sebagai batu permata
atau di ambil kira sebagai kaca
yang perlu aku gilap lagi

ya Allah...
lembutkanlah hati mereka 
untuk menerima hasil kerjaku
dan semoga perjalanan ku menuju puncak ini berjalan dengan lancar
InsyaAllah
doakan daku




 
biar lambat asalkan selamat ?  
-rindu plak kat kiki ni

ingin lompat tinggi dan laju seperti kamu.... 
Ayuh!... menuju check point seterusnya =)

Tuesday, February 7, 2012

Kerna Ujian Allah itu berbeza-beza

Assalamualaikum....

"Demi masa sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" 
                                                                                                                      -Surah Al-'Ashr-

Seorang yang kaya, akan diuji dengan kehilangan hartanya
Seorang yang sihat akan diuji dengan penyakit
Seorang yang sibuk akan diuji dengan kekurangan masanya
Seorang pemimpin diuji dengan masalah rakyatnya
Seorang ibu diuji dengan kerenah anaknya
Seorang pelajar diuji dengan kegagalannya

Jatuh bangun manusia kesemuanya ujian Yang Maha Esa

Kerna Dia ingin menguji keimanan kita

Menilai realiti manusia
Terutamanya yang terlibat dalam dunia research
Semuanya ingin bahan diuji
Dengan perbagai cara dan equipment
Untuk mengetahui dan mendapatkan result yang terbaik

Inikan pula Dia 
Raja segala manusia
Tentu sahaja ujian itu diberi untuk menguji ketahanan dan ketabahan hamba-Nya
Untuk memilih mereka yang terbaik untuk di masukkan ke dalam syurga yang abadi


Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

p/s: 
Aku tak sekuat yang disangka. 
Setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. 
Terima kasih kerana berada di situ ketika itu dengan reaksi itu.

 

Sample text

Sample Text

Sample Text