Social Icons

Pages

Saturday, October 29, 2011

Here, the place where i belongs....

Bismillahirrahmannirrahim.....


"kaklong balik x raya haji nanti?"
"Insyaallah balik sbb professor pelawat tu sampai hari isnin bukan hari ahad."
"Kalau x blk hari raya haji, balik la jumaat ni'
"Hehe...jumaat tu maksudnyer esokla mak"
"Aar ek esok.."
"Ok...insyaallah... tengoklar dulu camne"


-Sedih-terharu-sebak-rasa bersalah-hiba


bercampurbaur


Terlalu sibukkah aku?
 
yelar...patutnyer aku balik awal bulan ni g kenduri kazen aku...
mesti best kan jumper sume sedara yang da lame x jumpe..
yela ari raye aritu pon x jumpe semua..
tapi yela... tanggungjawab kerja juga perlu ditunaikan...



Jika difikirkan pasal kesibukkan
Kesibukan dunia ni tiada akhirnya..
betul tak?


Daripada aku stay kat jb ni...
tapi hati rasa bersalah...
baik aku balik...
jb melaka berapa jauh sangat la kan...

Dalam hati aku bersyukur dapat keje kat jb..
paling kurang kalau nak balik kampung x sampai 3 jam...tiket bas pon insyaallah senang nak dapat...

Kali ni aku balik naik bas.... 
Alhamdulillah cousin aku ade yang keje kat jb gak..
So esok kitorang balik same2...

dah lame x balik naik bas...
rase fresh lak...
ley merehatkan badan n minda dalam bas...


Alhamdulillah 1 buku yang aku bekalkan sepanjang perjalanan aku sempat khatam...
itu salah satu hikmahnya...
yela...kalau kat jb susah tul nak habiskan baca buku...

melaka central
tempat yang memang aku suke merayau2 kat ctu...
lame x pegi sini...hehe..
rindu plak mase undergrade dlu...
time x de kete lagi mmg kene g sini la
stesen bas alor gajah pon da siap...
lagi satu hikmah aku balik naik bas ni..
kalau x tak tau tempat sendiri da makin maju...hikhik..

Betullah kata orang rumah dan keluarga itu syurga kita didunia...
walaunpun masih diatas bumi yang sama...
menghirup udara yang sama... mengandungi oksigen, karbon dioksida dan nitrogen
tapi suasananya berbeza...
seperti hilang seketika masalah semasa...
walaupun masih wujud...
bukan melarikan diri 
tapi mungkin dengan pergi jauh sedikit dari tempat kita menyibukkan diri..
kita dapat berfikir dengan lebih waras untuk menyelesaikan perkara-perkara yang belum selesai...
insyaallah...

"Wahai Tuhanku. Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa':24)







No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text