Sijil itu
Harga sebuah
pengorbanan ibubapa, membesarkan kita sehingga mencadi manusia
kecekalan ibubapa mencari rezeki untuk menyara kehidupan ini
kemenangan si anak menghabiskan pengajian hingga ke menara gading
ketabahan seorang pencari ilmu menempuh onak duri mencapai pelangi
kejayaan seorang penyelia menyelia anak didiknya
keutuhan persahabatan berkongsi susah dan senang
ketakwaan seorang hamba mengharap bantuan dari tuhan
Namun
Semakin tinggi kejayaan yang di capai
Semakin besar tanggungjawab yang dipegang
Ianya bukan sekadar sijil
topi bulat
belon bertaburan
thesis dijilid keras
lagu congratulation
Ianya satu harapan
mengubah masa depan
Harapan
agar islam lebih tertegak di bumi kemodenan ini
agar ilmuwan islam lebih terbilang seperti di zaman khalifah
agar negara lebih maju dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada negara luar
agar dapat melahirkan masyarakat yang berintelek tinggi dan berfikiran kritis dan kreatif
berjaya di dunia dan akhirat
Tahniah sahabatku
aku bangga dengan kalian
doktor falsafah muda berjiwa besar
Semoga aku akan mengikuti jejak langkah kalian
menjadi ilmuwan berjaya dalam bidang masing-masing
bukan sahaja terbilang dikalangan makhluk
malah dikasihi pemilik Alam
in shaa Allah
bukan sahaja terbilang dikalangan makhluk
malah dikasihi pemilik Alam
in shaa Allah
amin...
p/s : doakan semoga permohonan scholarship Usyd aku tu berjaya...Amiin =)
No comments:
Post a Comment