Bismillahirrahmannirrahim…
Iqra’bismirabbikallazikhalaq..
Wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad saw ,
rasul junjungan yang kita cintai.
Betapa pentingnya membaca atau mencari ilmu dalam kehidupan
kita sebagai manusia.
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan”
Malah lebih ditekankan bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu,
ini menunjukkan kita patut menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan-Nya, bukan
untuk kepentingan diri sendiri.
Oleh yang demikian, topik yang ingin saya kongsikan dalam
blog kali ini ialah tips membaca (dengan cepat).
Jika ditelusuri, kita telah mula membaca sebelum umur 5
tahun, dan hingga sekarang kita mungkin telah membaca melebihi sejuta patah
perkataan.
Tetapi, adakah kita telah mengoptimumkan kemahiran membaca
kita?
Adakah kita memperbaiki kemahiran membaca kita tahun demi
tahun?
Atau mungkin jika pada umur kita 17 tahun kita telah membaca
50 buah buku setahun dan bilangan buku yang mampu kita baca pada masa kini
masih sama atau telah berkurang?
Jika anda juga seperti saya, seorang pelajar yang memerlukan
kita membaca artikel saintifik setiap hari, adakah bilangan jurnal yang berjaya
anda khatam bertambah hari demi hari?
Jadi, jom kita amalkan tips-tips ini bersama-sama.
1. 1. BERSEDIA
-
Sebagai seorang muslim, setiap perkara kita
perlu mulakan dengan bacaan doa lebih-lebih lagi untuk menimba ilmu. Bacalah
doa ini sebelum memulakan pembacaan, agar dilapangkan hati kita semua untuk
menerima ilmu tersebut dan diberi kefahaman yang baik terhadap ilmu tersebut.
-
Setelah membaca, kita perlu bersedia dari segi
mental dengan bertanyakan soalan seperti berikut kepada diri sendiri a) Apa yang
telah aku tahu berkaitan isu ini? B) apa yang aku ingin tahu dari pembacaan
ini? C) kenapa aku perlu membaca artikel ini?
-
Pertanyaan ini penting untuk kita fokus kepada sebab
utama kita membaca sesuatu perkara.
2. 2. LIHAT SEKILAS LALU
-
Sebelum membaca baris demi baris, lebih baik
kita melihat sekali imbas apa isi kandungan buku atau artikel yang ingin kit
abaca agar kita tahu secara ringkas jalan penceritaan buku atau artikel
tersebut.
-
Malah jika kita melihat sepintas lalu, kita akan
mendapat gambaran ilmu yang akan kita perolehi jika meneruskan pembacaan.
-
Selain itu, dengan melihat sekilas lalu, kita
akan terbiasa dengan struktur penulisan buku atau artikel tersebut.
-
Pada masa ini juga, teliti setiap perkara ( yang
dianggap remeh tapi sebenarnya penting) seperti nama penulis, isi kandungan,
indeks dan bibliography agar kita boleh merujuk maklumat tambahan dan mendapat
gambaran cara penulisan.
3. 3. MEMBACA SECARA PASIF
-
Membaca secara pasif bermaksud, kita membiasakan
diri kita dengan bahasa penulisan yang kita baca secara rambang.
4. 4. MEMBACA SECARA AKTIF
-
Setelah membaca secara pasif, bacalah bahan
bacaan tersebut dengan meletakkan jari kita pada barisan ayat, dan seterusnya
menggerakkan jari kebawah mengikut kadar bacaan kita. (Jari bukan pada
perkataan demi perkataan tetapi baris demi baris.
5. 5. TAPIS PEMBACAAN
- Apabila
membaca, biasakan memegang highlighter atau pen agar kita dapat mewarnakan
ayat-ayat yang penting.
- Proses menggariskan atau mewarnakan
perkataan yang penting memudahkan kita mengetahui isi yang penting untuk bacaan
akan datang.
Ini adalah tips pertama dalam info membaca dengan cepat.
In shaa Allah saya akan kongsikan sambungannya satu hati
nanti.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment