Social Icons

Pages

Wednesday, December 17, 2014

Aku pernah

Tajuk post macam lagu glenn je kan.
Tapi aku bukan nak tulis lirik lagu tu kat sini

Just nak post benda ni



Yup. Kerna aku pernah mengalami perkara yang sama
Kawan-kawan nak kahwin, kawan-kawan nak dapat anak.
Perkara-perkara gembira yang entah mengapa terlalu mengguris rasa ketika itu.
Lagi-lagi dengan kekecewaan yang amat sangat pabila sayapku untuk terbang jauh dipatahkan.
Aku tak patut berperasaan begitu. Aku patut tumpang gembira bukan sedih.Aku tahu.
Namun aku insan lemah. Insan kerdil. Yang hanya cuba berlagak kuat. Cuba berlagak tenang.
Namun aku tahu aku tewas, kerna pabila hati kita tidak sihat, ia akan merosakkan sistem badan.
Dan tika itu aku rebah, pertama kalinya dalam kehidupan aku pitam, bumi berputar ridak seimbang.
Dan kini aku berkecil hati hanya kerana sepotong kek yang tiada kena mengena.
Kek cheese yang dulu mengikat entah mengapa menjarakkan.
Oh ridiculousnya.

Entah mengapa saat ini, aku rindukan kalian.
Sangat rindu, walau dekat.
Aku yang berubah, atau kamu.
Atau masa sebenarnya yang mengubah kita.
Jika aku bersalah, maafkan diriku.
Maaf jika aku ego.
Maaf jika aku kelu untuk memohon maaf.
Maaf jika aku kurang bertanya khabar.
Maafkan aku jika pernah berkecil hati.
Maaf jika aku tak berani mengajak ke arah kebaikan.
Maaf untuk segalanya.
Maafkan aku kerna aku pernah.
Sesungguhnya temanmu ini banyak kekurangan, kelemahan.

Jujur aku rindu.
Rindu gelak tawa kita bersama.
Jujur aku impikan kita bergandingan tangan membina anak bangsa, menegakkan agama, membangunkan negara bersama-sama.

Aku tidak menyalahkan sesiapa.
Kerna semuanya berlaku dengan izin-Nya.
Pasti ada hikmah tersirat yang Dia suruh kita cari.
Pasti Dia mahu kita belajar dari kehidupan ini.
Belajar dan terus belajar untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang diredhai.
Semoga ikatan itu bertaut kembali & makin utuh.
Bersahabat kerana Allah swt.
Harapan dalam rindu.
In shaa Allah
posted from Bloggeroid

Monday, October 6, 2014

Assalamualaikum oktober.

Bismillahirrahmannirrahim.
Alhamdulillahirrahmannirrahim.
Segala pujian untukMu empunya langit dan bumi.

Detik demi detik berlalu.
Mengalir lalu meninggalkan waktu.
Tidak menunggu walau sesaat.

Dan aku.
Disini.
Bersyukur padaMu.

Benarlah firmanMu
Dalam surah Al-insyirah
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

KetentuanMu cukup indah.
Kemanisan pelangi setelah hujan lebat ribut taufan.

Terima kasih ya Allah
Untuk segala-galanya.





posted from Bloggeroid

Tuesday, July 8, 2014

Ramadhan - Semoga hati sentiasa dekat dengan al-quran


Bismillahirrahmannirrahim
Alhamdulillah masih berkesempatan mengutip sebanyak pahala di bulan ramadhan al-mubarak ini
Seperti kita semua tahu
Al-quran diturunkan pada bulan ramadhan
Dan kita sangat digalakkan untuk membaca al-quran
Namun, kita semua ada kekangan tertentu
In shaa Allah, di sini saya link kan satu application
Dimana kita dapat mendengar al-quran dimana sahaja kita berada
Semoga bermanfaat untuk semua. =)

Listen to Quran

Thursday, June 19, 2014

Allah know the Best


Bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillahirrahmannirrahim…
Praise to Almighty Allah swt for His bless, because still give me opportunity to study until this level, Doctor of Philosophy…
In shaa Allah, I will seek knowledge lillahitaala, to get Your pleasure and make me close to you. Ameen..

Although I’m still here, in Malaysia in Faculty of Biosciences and Medical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia… not in University of Sydney or University of Glasglow, In shaa Allah I’m redha and accept that here is the best place for me for the current time..
I believe that Allah has planned better plans for me afterwards, In shaa Allah.
In my final year project, I done project on hearing aids, then proceed on Dental implant for my Master project…
In shaa Allah in my PhD level, I want to combine my knowledge in Mechanical and Electrical field and apply in Biomedical Engineering.
My current PhD title is “Embedded CNT-fiber Composite for Monitoring Growth of Implantable Smart Tissue Expander “
I need to learn many things… MEMS, Tissue Expander, Wireless, Tissue Culture…
In shaa Allah… I can do it… Pray for me… I just started the engine, there are a long journey I need to travel before I reach the destination.
All the best to me and all the best to you all also.

May all of us always get His bless. Ameen.

Monday, June 2, 2014

Redha is not easy but it is a must



I still remember
That sunny bright day
When i see u
You r not the same balloon as other
You radiant well
I pick you
Tight you to my hand
Hold u well
Avoid from burst

In this adventure journey
Holding you make me feel calm

Until one day
Someone told me
Why are you holding a rope
Let me give u another balloon
Oh i dont realize that u r flown away


The truth sometime bitter
But it better you know u r holding a rope now
And get new balloon
Than just keep holding that rope and reluctant to take another balloon

Thank you radiant bloom balloon
Become my inspiration
To become better person
In the adventurous year
Silently whispering hope
Unconsciously sending advice
To keep close to Allah swt

Alhamdulillah
For this bitter truth ya rabb
I feel more calm, more peace
I can let the rope go
And holding tight another balloon
Tightly to get Your pleasure
In shaa Allah

-----
The person that get u is lucky, congratulation my dear radiant bloom balloon :-).
Even we are not belongs to be together but you gave big impact on my life.
Again thank you for everything.
May Allah bless you always



posted from Bloggeroid

Wednesday, May 28, 2014

Semoga yang terbaik untuk kita semua

Bismillahirrahmannirrahim...

Rejab tiba, menandakan tapakan ramadhan semakin dekat...
Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang telah lalu..

Bulan mei...
Bulan lahir abah, zaid
Bulan dimana didalamnya juga ada hari ibu, hari guru dan sebagainya...

Bulan ini juga membawa pelbagai cerita kepadaku...
Sebulan setelah aku melangkahkan kaki ke alam phd...
Aku mara mengikuti kursus etika klinikal....
Juga berkesempatan untuk kali pertamanya mengikuti konferen para shaikh di ilmfest...




Setiap kehidupan penuh suka, duka, kejutan, kegembiraan, kesedihan, kerisauan...

Pulang dari menuntut ilmu dengan gembira, aku dikejutkan dengan beberapa berita di ruang lingkup kumpulan penyelidikanku...
Kejutan demi kejutan... menyesakkan dadaku...
Bertambah pula dengan keserabutan diri...
Keliru, kecewa, terkilan,



Allah maha lembut, maha memberi rahmat...
Disaat aku ditahap ultimate stress itu, aku di gembirakan dengan gelak tawa
Suka ria meraikan kegembiraan rakan-rakan....
Jujur, kegembiraan rakan akan terpercik kepada kita, jika kita ikhlas meraikannya





Alhamdulillah.
Keserabutan yang aku alami seminggu ini hilang diterbang angin...
Walau aku tahu.... jalan ini penuh berliku...
Kiri dan kanan ku terlalu banyak tanah yang rapuh yang mungkin akan runtuh menghimpap.
Juga jalan dihadapan mungkin penuh lubang yang aku mungkin akan jatuh...
Yang penting aku perlu kuat.
Perlu berhati-hati.
Tapi jangan jalan terlalu lambat.
Yup, aku yakin aku boleh berlari dengan laju ! dengan izin Allah swt.
Walau aku sebenar sangat ingin terbang tinggi...



Semoga yang terbaik untuk kita semua :-)
Walau kadang sabar itu lebih mudah dari redha...
In shaa Allah
Sesungguhnya kita semua lemah, semoga Allah kuatkan kita...
Sesungguhnya kita semua keras, semoga Allah lembutkan kita...
Dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...
Bersyukurlah dengan segalanya.
alhamdulillah.
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

IQRA (Part 1)

Bismillahirrahmannirrahim…
Iqra’bismirabbikallazikhalaq..

Wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad saw , rasul junjungan yang kita cintai.
Betapa pentingnya membaca atau mencari ilmu dalam kehidupan kita sebagai manusia.
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan”
Malah lebih ditekankan bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu, ini menunjukkan kita patut menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan-Nya, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh yang demikian, topik yang ingin saya kongsikan dalam blog kali ini ialah tips membaca (dengan cepat).
Jika ditelusuri, kita telah mula membaca sebelum umur 5 tahun, dan hingga sekarang kita mungkin telah membaca melebihi sejuta patah perkataan.
Tetapi, adakah kita telah mengoptimumkan kemahiran membaca kita?
Adakah kita memperbaiki kemahiran membaca kita tahun demi tahun?
Atau mungkin jika pada umur kita 17 tahun kita telah membaca 50 buah buku setahun dan bilangan buku yang mampu kita baca pada masa kini masih sama atau telah berkurang?
Jika anda juga seperti saya, seorang pelajar yang memerlukan kita membaca artikel saintifik setiap hari, adakah bilangan jurnal yang berjaya anda khatam bertambah hari demi hari?


Jadi, jom kita amalkan tips-tips ini bersama-sama.
1.       1. BERSEDIA
-          Sebagai seorang muslim, setiap perkara kita perlu mulakan dengan bacaan doa lebih-lebih lagi untuk menimba ilmu. Bacalah doa ini sebelum memulakan pembacaan, agar dilapangkan hati kita semua untuk menerima ilmu tersebut dan diberi kefahaman yang baik terhadap ilmu tersebut.
-          Setelah membaca, kita perlu bersedia dari segi mental dengan bertanyakan soalan seperti berikut kepada diri sendiri a) Apa yang telah aku tahu berkaitan isu ini? B) apa yang aku ingin tahu dari pembacaan ini? C) kenapa aku perlu membaca artikel ini?
-          Pertanyaan ini penting untuk kita fokus kepada sebab utama kita membaca sesuatu perkara.

2.        2. LIHAT SEKILAS LALU
-          Sebelum membaca baris demi baris, lebih baik kita melihat sekali imbas apa isi kandungan buku atau artikel yang ingin kit abaca agar kita tahu secara ringkas jalan penceritaan buku atau artikel tersebut.
-          Malah jika kita melihat sepintas lalu, kita akan mendapat gambaran ilmu yang akan kita perolehi jika meneruskan pembacaan.
-          Selain itu, dengan melihat sekilas lalu, kita akan terbiasa dengan struktur penulisan buku atau artikel tersebut.
-          Pada masa ini juga, teliti setiap perkara ( yang dianggap remeh tapi sebenarnya penting) seperti nama penulis, isi kandungan, indeks dan bibliography agar kita boleh merujuk maklumat tambahan dan mendapat gambaran cara penulisan.

3.        3. MEMBACA SECARA PASIF
-          Membaca secara pasif bermaksud, kita membiasakan diri kita dengan bahasa penulisan yang kita baca secara rambang.

4.        4. MEMBACA SECARA AKTIF
-          Setelah membaca secara pasif, bacalah bahan bacaan tersebut dengan meletakkan jari kita pada barisan ayat, dan seterusnya menggerakkan jari kebawah mengikut kadar bacaan kita. (Jari bukan pada perkataan demi perkataan tetapi baris demi baris.

5.        5. TAPIS PEMBACAAN
           -     Apabila membaca, biasakan memegang highlighter atau pen agar kita dapat mewarnakan ayat-ayat yang penting.
           -    Proses menggariskan atau mewarnakan perkataan yang penting memudahkan kita mengetahui isi yang penting untuk bacaan akan datang.

Ini adalah tips pertama dalam info membaca dengan cepat.
In shaa Allah saya akan kongsikan sambungannya satu hati nanti.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih.



 

Sample text

Sample Text

Sample Text