Kurang seminggu kita semua akan sambut bulan ramadhan al-mubarak dan berpuasa selama sebulan.
Tapi tahukah kita bahawa terdapat beberapa darjat orang yang berpuasa....
Dari Imam al-Ghazali, terdapat tiga darjat orang yang berpuasa.
1.PUASA ORANG AWAM
Puasa biasa yang difahami dari hukum fiqah iaitu menahan perut dan kemaluan dari nafsu dan syahwat.
2.PUASA KHUSUS
Menahan anggota badan dari melakukan dosa-Menundukkan pandangan
Daripada Huzaifah r.a
"Pandangan itu adalah panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah s.w.t maka Allah akan mengurniakan iman yang dapat dirasakan kemanisan di dalam hati."
-Memelihara pendengaran
"Dan janganlah diturutkan sesuatu yang kamu tidak tahu tentangnya, sesungguhnya setiap pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan." (Al-Israk:36)
3.PUASA KHUSUS AL-KHUSUS
Puasa hati daripada segala yang lain dari Allah, redha kepada Allah dengan sepenuhnya serta menjadikan cinta-Nya mengatasi cinta yang lainsource: buyutuna fi ramadhan
p/s: InsyaAllah kita semua akan menemui ramadhan al-mubarak dan ibadah kita diterima Allah s.w.t ...Amiiin
No comments:
Post a Comment