Social Icons

Pages

Thursday, August 4, 2011

~puisi ramadhan untuk kamu~

Ramadhan tiba lagi...
entah mengapa, helaian buku2 ramadhan  yang lalu tersingkap...
permulaan dan pengakhiran satu kisah teladan


kamu....
ya kamu...
telah lama aku tidak mendengar khabar kamu...
tapi, tiba2 ramadhan ini aku terfikirkan kamu...


kamu...
aku minta maaf...
maaf kerana tanpa sengaja telah tertumpahkan dakwat diatas lukisan kamu...
memang aku tidak sengaja...
sengalanya berlaku sepantas kilat...
di masa yang salah, tempat yang salah...
aku terlanggar dakwat itu...
lalu telah merosakkan lukisan cantik kamu...


di bulan baik ini,
aku memohon keampunan atas kealpaanku...
aku sangat2 memohon maaf dan berharap kamu melupakan kisah itu...
kerna aku juga telah memaafkan kamu yang telah merenyukkan serta merobek2 lukisan aku...
tapi...aku bersyukur kerna lukisan itu masih sekadar lakaran ringkas tanpa warna...
tidak terlalu terkesan bagi aku...
dan aku tahu aku bersalah kerna telah merosakkan lukisan cantik yang kamu sangat sayangi...

kamu....
di sudut hati aku...
aku sangat2 berharap...
agar kamu sedia melupakan lukisan yang telah aku rosakkan itu..
dan sedia menerima lukisan baru yang lebih cantik dan sesuai dengan kamu...

InsyaAllah, Allah s.w.t telah menyediakan lukisan yang terbaik untuk kita semua....
jangan lah kamu menangisi lukisan yang telah rosak itu...

p/s: kerna aku tidak punya kekuatan untuk menghadapi rentetan kisah itu lagi jika aku momohon maaf terus kepada kamu.... 
dan sesungguhnya aku masih menyayangi persabatan kita..



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text