Social Icons

Pages

Wednesday, August 17, 2011

17 ramadhan-Nuzul Quran

Assalamualaikum w.b.r.t
alhamdulillah...dah masuk hari ke-17 umat islam berpuasa..
bulan ramadhan ni, selain puasa, sembahyang terawikh, buka, sahur, qiamullail....
ade satu peristiwa yang paling istimewa untuk umat islam..
iaitu peristiwa nuzul al-quran ataupun penurunan al-quran...
secara ringkasnya alquran pertama kali diturunkan pada malam jumaat, 17 ramadhan di gua hira' pada tahun ke-41 daripada keputeraan muhammad s.a.w
ok...sempena hari nuzul quran ni....
nak kongsi info pasal TAJWID-TANDA RESAM UTHMANI -WAKAF
seperti yang korang sedia maklum alquran di malaysia ni menggunakan tanda resam uthmani...
so sekarang ni jom kite refresh balik tanda2 tu..

Ade 4 tanda wakaf dalam resam uthmani


1. tanda wajib berhenti yang bersimbol "mim"
-Mesti diwaqafkan bacaan padanya. Sekiranya dibaca secara washol (sambung), ia
akan menjejaskan makna ayat yang dibaca. Waqaf ini dipanggil waqaf lazim.

2.tanda Haram berhenti bersimbol "lam alif"
-Laa’ dalam bahasa Arab bererti tidak. Tanda wakaf ini ialah ‘lam alif’

3.tanda berhenti  seketika bersimbol "sin"
-Tanda saktah ialah ‘siin’ kecil. Tahan nafas selama dua harakat (dengan melipatkan
dua jari) kemudian disambung kalimah haa-dzaa menggunakan nafas yang sama

4.tanda pilihan
i)tanda ‘qaaf-lam-ya’ Berhenti lebih baik
ii)tanda ‘shaad-lam-ya’Menyambung bacaan lebih baik
iii)tanda ‘jiim’ kecil Wakaf Jaa-iz. Harus berhenti atau menyambung bacaan
iv)Tanda titik tiga Berhenti pada salah satu tempat

p/s: ekcelli, dah lame da aku nak belajar balik tajwid ni..
yela kenkadang kite lupe ape yang kite belajar mase sekolah agama dulu
tibe2 ade sorang member send aku  file ni, 
memang sgt2 bersyukur la kan..
xyah carik sendiri...hihi
thank you tau =D
so skrg ni aku plak nk menyebarkan ilmu tu...
insyaallah ianya bermanfaat tuk semua yer...
semoga kite semua dapat memperbaiki pembacaan al-quran kite =)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text