Social Icons

Pages

Friday, August 5, 2011

5 Ogos 2011 ~ x% of Y

Assalamualaikum w.b.r.t

Alhamdulillah...
Aku bersyukur ke hadrat ilahi...
Aku masih bernyawa pada saat ini...
Masih mampu bernafas...hidung aku masih boleh menghirup oksigen, O2 dan menghantar ke paru2 dan seterusnya ke semua tubuh badan dengan bantuan darah merah dan jantung, organ terpenting dalam tubuh badan
Masih mampu melihat... retina,iris,kornea (sel2 dalam mata) aku masih beroperasi dengan baik menukarkan cahaya nampak yang panjang gelombang 0.5x10-6nm dan berfrekuensi 1015 Hz kepada gambaran jelas yang boleh difahami
Masih mampu mendengar yang gelombang berfrekuensi 101-106Hz berdesibel 40-130 desibel yang melalui salur telinga dan seterusnya menggetarkan gegendang telinga dan menghantar isyarat tersebut kepada otak untuk dinilai...
Masih mampu mengunyah makanan tanpa menggunakan dental implant =P dan perut ku beroperasi dengan baik menghadam makanan tersebut dan memberi tenaga kepada tubuh badan ku untuk hidup..
Masih mampu berjalan dan berlari 

Sesungghunya jika aku kira kesemua anugerah Allah s.w.t ini.... ia adalah tidak terkira, infiniti ∞ nilainya

Dan kehidupan kita di dunia ini adalah pinjaman Allah s.w.t dan amanah kepada hambaNya

Yang setiap saat adalah x% daripada Y 
dimana x ialah bilangan masa yang telah dihabiskan dan Y adalah bilangan hari yang telah diperuntukkan untukNya kepada kita...


contoh kes
nama:Aisyah Ahmad Shafi
telah lahir : 5 Ogos1986

5 Ogos 1986-5 Ogos 2011 =25 tahun
1 tahun 365 hari
25 x 365 =9125 hari
1 hari 24 jam
9125x24=219000 jam
1 jam 60 minit
219000x60=13140000 minit
1 minit ada 60 saat
13140000x60=788400000 saat

maksudnya aku telah hidup di dunia ni lebih kurang 800 juta saat....
kalau la juta tu leh tuko jadik 1 ringgit...
jutawan da =P
hehe


tapi....

800juta/Y x 100% =x%
tapi tahukah kite nilai x and Y masing2?
yup, it is unknown value...juast Allah s.w.t know it
kalau aku idup 100 taun, so sekarang ni aku da habiskan 25% daripada kehidupan aku
tapi kalau aku hidup 30 tahun...
83.33% da aku habiskan


hmm
kite semua akan mati
tapi kite semua xtau bile kite akan mati
jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini
peringatan kepada diri sendiri gak (thanks dr.rafiq sbb slalu mengingatkan perkara yang sama kepada kami=))


okeeee...
sepanjang aku hidup ni...
ape sumbangan yang dah aku wat ek?
huuurrrm...
ok la insyaallah tajuk tu aku akan sambung dalam next entri lak : Post-Birthday =)


p/s : betul x aku kira tu en.matematis muda =P

Terima kasih yang tak terhingga kepada Pn.Zainab bt Abdul Manaf yang telah melahirkan aku pada tepat umurnya 24 tahun....selamat hari jadi Mak!

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text