Social Icons

Pages

Tuesday, April 24, 2012

Strengthening the bonding~~

   Alhamdulillah....

Family Day kali ke 3 keluarga Hj.Abd Manaf  Alam telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas bersamaan 14 dan 15 April 2012...
Bersyukur sangat...InsyaAllah dengan adanya family day ni, hubungan persaudaraan ini semakin utuh... 
Yela, bukan senang tau nak kumpul ramai2 ni... time raye pon kadang2 susah nak kumpul kat 1 umah semua ade.. at leat ade family day camni... ley r berkumpul n update cite baru..hehe...

Program bermula dengan piknik kat teluk biru, port dickson... Masing2 bawak makanan dari umah..makan2...mandi2...bergambo2 n pastu check in kat hotel....
malam tu mesyuarat, tapi dimulakan dengan tahlil kat surau hotel n makan malam... 
Esoknya, sukaneka red warrior... Overall sumenye berjalan lancar, cume ade kemalangan kecil pada makcik time sukaneka tu.. InsyaAllah makcik cepat sihat...Aku diberitahu tulang makcik yang patah tu kena masuk plate...hehe... bley x amik CT scan pastu suh raje simulate...hikhik...research2..
Alhamdulillah...semoga program tahun akan datang lebih baik dari tahun2 sebelum ini..Amiin





Macam biase....aku ade masalah nak explain panjang2...huhu... tu yang susah sket nak wat result n discussion tu ...hmmmm....

p/s: Sudah cukup sudah Tentang rasa...tema perjalanan aku JB-KL-MLK-PD-JB...
Natural silent...sinusoidal always...

Sunday, April 1, 2012

versus


Assalamualaikum...
Semalam baru abis baca karya Hlovate - Versus
Actually ebook Versus ni da berkurun dalam pc aku...
x sempat nak open je =p
So, time konon2 xde keje ni la nak abeskan sume buku nak bace...

Ok la straight to the point..
Kisah versus ni berkisar pada Miin Edina and Ashraff Omar...
Bermulanya perkenalan mereka apabila Minn Edina terpaksa menjadi mentor untuk subjek project management Ashraff Omar yang lebih dikenali sebagai AO.
Mereka pada mulanya tidak sebulu kerana perbezaan identiti...Minn Edina gadis bertudung manakala AO seorang ala2 hip hop n black metal n skater boy
Tetapi apabila mengetahui bahawa Minn juga adalah seorang jaguh skater yang telah berubah, AO berminat untuk lebih mengenali Miin.
Persahabatan mereka tidak panjang kerana AO dapat sambung belajar ke Australia...
Selama setahun AO berada di OZ, mereka hanya berinteraksi melalui alam maya jika ada perkara penting sahaja.
Semasa cuti break AO pulang ke malaysia, Ao mengajak Minn mengikuti program di bukit cerakah....
Di situ, Minn menyedari bahawa AO bukan AO yang dia kenali dulu...
AO telah berhijrah lebih mendalami islam dan menjadi mukmin yang soleh...
Niat AO untuk melamar Minn setelah program tersebut hancur kerana Miin mengambil keputusan mengundur diri dan mengelak untuk bertemu dengan AO atas sebab dia merasakan dia tidak sesuai dengan AO.
Masa terus berlalu dan takdir Allah itu Maha Adil.
Mereka bertemu semula di Macquarie.
Setelah beberapa insiden berlaku, akhirnya AO dan Minn disatukan..

Typical story of happy ending??
Actually die lain sket sbb ia berkenaan perubahan seseorang ke arah menjadi lebih baik.
Banyak  ayat2 alquran dan hadith di selitkan dalam novel ni.

Takdir itu Rahsia Allah S.w.t.
Dia Maha Mengetahui Segala yang terbaik untuk Hamba-Nya



 

Sample text

Sample Text

Sample Text