Social Icons

Pages

Sunday, August 26, 2012

kemenangan umat islam


Alhamdulillah, 
Hari ini telah masuk 8 syawal1433H.
Selamat hari raya semua!
Setelah seminggu meninggalkan ramadan yang akan dirindui.
Mungkinkah akan bertemu ramadan 1434? 
InsyaAllah, semoga Allah panjangkan usia ini untuk bertemu ramadan akan datang.
Semoga sebulan kem pemantapan diri bersama ramadan 1433H akan membantu memperbaiki diri untuk sebelas bulan mendatang sebelum bertemu kembali ramadan yang dicintai.
Mungkin beberapa soalan ini dapat membantu untuk kita sama-sama muhasabah diri.InsyaAllah.
1. Sudahkah kita berpuasa sesuai dengan syariat?
2. Sudahkah puasa itu dapat menjadikan diri ini bertakwa kepada Allah s.w.t?
3. Sudahkah solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?
4. Adakah kita menutup aurat dengan sempurna?
5. Adakah makanan dan minuman yang masuk kedalam perut itu halal?
6. Dalam bergaul, adakah telah terikat dengan aturan islam?
 & etc (soalan dipetik dari buku mendakap berkat ramadan: Burhan Sodiq)

Aidilfitri; hari kemenangan umat islam.
Jom kita menghayati maksud takbir raya nie



3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, 
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْل

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah


sumber : http://www.melvister.com/2011/08/lafaz-takbir-hari-raya-aidilfitri-panduan-solat.html
dan http://khafizblog.blogspot.com/2010/09/kongsi-lafaz-takbir-aidilfitri-serta_09.html

p/s : oh diri~ diam bukan tanda setuju tetapi tanda protest. self war

Monday, August 13, 2012

"Selalulah melihat kebawah, anda akan berasa syukur. "


Alhamdulillah.
Jika ramadan tahun lalu berkesempatan berbuka bersama warga raudhatul sakinah, tahun ini rezeki meraikan anak-anak yatim.

Pengalaman 6 jam bersama mereka membawa seribu erti.
Program Tautan Kasih ini berlangsung di Masjid Tan Sri Ainuddin, Taman Universiti pada 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadan 1433H.
Pada mulanya jasa kami diperlukan untuk menjadi supir sahaja, iaitu menyediakan pengangkutan kepada adik2 tersebut.
Tetapi, disebabkan para fasilitator kekurangan sumber tenaga, kami dengan sukarela membantu untuk program remaja sekolah menengah.

Program berlalu dengan beberapa sesi motivasi seperti menyelami apa cita2 dan harapan mereka, memberi semangat dan sebagainya.
Sesi paling syahdu bermula pabila paklong menyerahkan setiap seorang sekeping kad untuk di tulis  dan seterusnya di berikan  kepada ibubapa dan penjaga.
Sebelum menulis sebarang ayat di atas kad raya tersebut, kami di pertontonkan dengan dua video untuk menjadi sumber idea mengarang ucapan.
Salah satu video tersebut ialah video di bawah.

Paklong kata video tersebut dirakam pada salah satu program beliau.
Ya!..sangat syahdu.
Air mata kami x dapat dibendung.

Ya Allah, aku sangat bersyukur.
Masih mempunyai ibubapa, keluarga.
Alhamdulillah.

Antara banyak2 cerita adik2 anak yatim ini.
Satu cerita betul2 menggamit perasaan.
Seorang pelajar perempuan, form 4.
Ibubapanya telah bercerai dan
ibunya meninggal akibat barah tahun lalu.
Sekarang, beliau tinggal bersama adik2nya sendirian berhadapan dengan rumah datuk dan neneknya.
Beliaulah yang menguruskan semua perbelanjaan yang nafkahnya diberi oleh ayah, menguruskan makan minum adik2, basuh baju, bil2 dsb.
Dan dalam masa sama perlu menumpukan pelajaran untuk spm tahun akan datang.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada dia dan juga anak2 yatim yang lain.
Semoga mereka tabah.
Sesungguhnya amat sukar untuk aku menggambarkan perasaan itu.

kami, supir2 yang comel bersama makcik nailah

group kami; aku, k.as dan k,yati bersama adik hanisa, adik sakinah dan adik zalika.

Akhir kata,  jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Nak kongsi jugak iklan raya paling best untuk tahun 2012 (^,^)



Tuesday, August 7, 2012

Cerita minggu lalu

//19 ramadhan 1433H//

Assalamualaikum w.r.b.t
Ini cerita minggu lepas.
1 ogos 2012.
Tapi baru nak tulis hari ini.

Alhamdulillah.
Rezeki ramadhan.
Kak su ajak kami anak usrahnya berbuka di pejabat ikram.
Aku sampai agak lewat.
6.45 petang.
Mereka dah baca 3/4 almathurat.

Tepat pukul 7.00 malam.
Seorang makcik memaklumkan bahawa kita akan bertadarus alquran bertiga-tiga.
Aku, fadh dan iman bertadarus bersama sebelum kak su menyusul.
Beberapa kesalahan tajiwidku diperbetulkan oleh mereka.
Bersyukur dikurniakan momen sebegini.
Ya Allah, masih banyak yang aku perlu pelajari.
Membaca seorang diri memang banyak kecuaian yang dilakukan.




Oleh yang demikian, aku sangat berharap akan bertemu lelaki seperti yang berbaju hijau dalam gambar diatas yang akan menjadi imamku dan membimbingku. Semoga impianku terkabul, doaku di bulan ramadhan ini termakbul. Amin. (**mode gedixs, ahaks!..x kire, korang kena aminkan jugak, semoga doa kalian juga termakbul. Amin ;p)

Ok, sambung cerita.
Setelah berbuka dengan nasi putih lauk kerabu, kami solat berjemaah bersama.
Usai solat, makcik imam itu memulakan doanya.
Ayat demi ayat.
Suaranya semakin syahdu.
Ya! dia sedang menangis!
Esakannya semakin kuat.
Aku..
Menjadi makmum selang dua orang.
Sangat dekat.
Tangisan itu syahdu.
Aku cuba untuk menangis sepertinya.
Tapi gagal!!
Ohh... mahal sangatkah air mata ini.

Seseorang post di laman muka buku beliau.
Beberapa rangkap dari artikel berkenaan bermain di minda

Dengan tidak mengetahui bila saat kematian, pernahkah kita menangis jika tidak sempat bertaubat?
Dengan tidak mampu mengikuti kehidupan Rasulullah, pernah kita kita menangis malu?
Pernahkah air mata kita, menitis kerana-Nya?
Siapa menangis kerana-Nya, dia terselamat
Allah SWT amat memahami keadaan manusia. Allah tahu betapa manusia ini mudah pecah dan lemah bila diasak dengan ujian. Sebab itu, terlalu banyak hakikatnya talian hayat untuk insan yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Antaranya adalah tangisan.
Kekuatan tangisan yang ikhlas kerana Allah SWT, hingga mampu mengheret kita untuk berada di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Ohh... Egonya diri ini.
Kerasnya hati ini.
Tidak mampu menangis keikhlasan kerana Allah seperti makcik itu.
Hanya pabila keadaan sangat mendesak. 
Baru diri meronta-ronta meminta pertolongan.
Pabila keadaan seperti jalan yang lurus.
Hanya berdoa agar jalan itu tiada rintangan.

Manusia.
Seringkali alpa.
Seringkali lupa.
Nikmat inifiniti yang Allah telah kurniakan.
Malah masih meminta itu dan ini.

Nasihat untuk diri sendiri
Diquote dari artikel tadi
"Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula."
Ya Allah, bersihkanlah hati ini. Lembutkanlah hati ini.

p/s: Oh ya.. Alhamdulillah... I already take my Ielts. But, i still need your dua... Pray i will get good result. InsyaAllah Band 7 or more and then, proceed to the next stage. Thank you...May Allah bless u.. Muuah!

ujian itu manis


//17 ramadhan 1433H//

Kejadian2 yang berlaku wiken lepas pasti hadiah dari-Nya sempena hari lahirku...
Ohh... Terima kasih ya Allah...
Sesungguhnya ujian itu memang manis jika diteliti semula
Niat aku untuk sambut besday kat rumah bersama keluarga tersayang di iringi dengan beberapa peristiwa yang tak terjangka.

1. C6 memang x nak ikut balik melaka kot!
jumaat .3 ogos 2012.
11.30am.
A: D, nanti balik umah x tengahari ni..
D: Balik kot. nape?
A: nak ikut eh... pastu nanti tolong anta saya kat sri putri kul 4.30 ++
D: eyh...nak balik ker?
A: aar..heee..(dengan nada gumbira)

2.59pm.
A: cube kol henset sy.
D: ha!.. tertinggal kat umah la tu.. dah pegi amik sendiri...

5.00pm.
A: awak, pinjam phone jap, sy carik hp sy x jmpe
X: ha?..ok... 
tet...tet..
D: helo... A!.... hp tetinggal kat kete saye!
A: huhu... (lega nasib baik dalam kete)... hmmm... cane ek.. send kan no abah saya (oooh...aku lupe nak memorize no. abah yg baru... jadi cani baru haru)

2. sudah penuh sudah!
3 ogos 2012
4.55pm.
memegang tiket bas menuju ke seat no.18...
Aik... apesal da ade org ni...
melilau ke tempat duduk belakang..
huh...da penuh 
nak duduk mane ni

second driver tu memeriksa tiket semua penumpang...
X: wei... x cukup seat ni ha!
Y: aiii..camne ley overload lak ni..
tetibe seorang wanita (mungkin dari kaunter) 
Z: la penuh ke...tadi kan larkin blackout... so, ade redundant tiket la ni..
X: dik, dok kat sini bley?
sambil menunjukkan tempat duduk kat depan ,tengah2, betul2 depan cermin 
Y: ker nak naik bas kul 5.30?
A: haaa...boleyh la
da naseb badan

3. dulu ia kuning sekarang merah
3 ogos 2012
7.17 pm
tiba di melaka central
semua kedai makan dipenuhi org menunggu untuk berbuka
aku
menuju ke 7eleven..
membeli sekotak milo.
menuju ke surau.
usai solat terus mencari telefon itu.
dulu ia warne kuning, sekarang merah ey
Ya... telefon milik orang ramai itu...
Ahh... berguna jugak die ek..
untuk org macam aku ni...heee
A: assalamualaikum, mak kaklong baru sampai ni. Nanti kaklong naik bas, amik kaklong kat simpang depan tu eyh
M: Xpelah, ni faiz g sana la... sekarang ni jem ni kang sejam lebih dok dalam bas tu.
A: ok, tp nak tunggu kat mane. kaklong xde henfon ni.
M: tunggu kat depan tempat tunggu bas tu nanti faiz carik kat situ.
A: ok

4. hikmah hari ini 3.8.12
alhamdulillah 
sepanjang sepuluh tahun aku dok melaka ni.
dan sepanjang  tujuh tahun aku pernah berulang alik dari melaka central ke alor gajah ni.
inilah kali pertama aku balik naik motor
dan ianya diwatu malam
ditemani cahaya lampu2
angin sepoi2
dan aku...pakai baju kurung
oh my god..
well, menarik jugak merempit ni.. 

5. Menyorok!
5 ogos 2012.
8.00 am.
pagi itu.
dah lame x main dengan kiki n chibi
kura2 comelku
aku pon lepas kan die sambil lipat kain depan tv
terkedek2 dua ekor tu berlari...
menyembunyikan diri di balik kain2 yang berlonggok
30 minit kemudian
sape2 nampak kiki x??
ai bukan tadi die kat situ eyh
Aaar..td memang ka ctu
tp sekarang dah xde da.
kiki...kiki...kau kat mane
abisla binatang tu dah la xde bunyi
kang sia2 je mati
kami bertungkus lumus mencari 
setelah 30 minit...
mak: cube carik kat celah2 beg tu, die nyorok kat ctu kot
aku: eyh...aaaaar...dah jumpee!
menjerit keriangan 
ooh... nasib baik ko x hilang dihari jadi ku
kiki...kiki

6. terlepas pulak
6 ogos 2012
7.00am
bertolak ke melaka central
aku : kenapa abah ikut jalan batu berendam?
abah: kat sana kang jem org g keje pagi2 ni
aku: ok...
7.45am
masih di batu berendam 
hujan sangat lebat diluar sane..
kenderaan berpusu-pusu, berhimpit2 dibulatan lapangan terbang
dalam hati kalau terlepas ni, beli jela tiket pukul 9.
redha... perjalanan aku balik ni memang macam2
8.05am
tiba di melaka central
melihat bas kkkl telah berlalu
abah: bas sudah jalan ka
tokey: baru saja jalan ma... lu boleh kejar itu bas tadi
abah: boleh tukar tiket ka
tokey: beli tiket lagi satu ma

7. hikmah kedua
6 ogos 2012
4.50 am
facebook message
" send no.phone awak, nanti amik sy kul 10.30++ bley"
11.30 am
"sy da sampai..amik sy kat shell eyh"
x reply.
cari telefon kuning itu lagi
call
voice mail.
ala, dah la aku lupe no.phone org lain
kereta hijau itu muncul.
alhamdulillah!
"nasibla ade tablet, ley gak contact gne internet!"
"heee"
seriusly... aku sangat bersyukur tablet ade di sisi
oooh, aku kene masukkan no.phone mereka dalam tablet ni dan ingat beberapa nombor penting!

Well, aku sangat bersyukur dengan ujian2 kecil ni... 
Jika di pikirkan apelah sangatkan.
jika dibandingkan dengan ujian2 lain.


hmm,lagi satu, tetibe rase terkilan lak tak dapat join program syahadatul haq sabtu lepas.
yela kali ni yang join majoriti aku kenal kot...
tapi yela aritu da gtau mak kate nak balik umah, sebelum tau pasal program tu..
takpela...lain kali kot
insyaallah


p/s: saya suke org yg pegang pada janji!...=) thank you sayang=)
 

Sample text

Sample Text

Sample Text