Social Icons

Pages

Wednesday, December 6, 2017

tips to focus from other website

My big problem until now: FOCUS..
i already have an entry regarding this kind of problem few years ago.
But i'm not solve my big problem yet.
😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

So i want to paste some tips from other blog to this entry

//from https://adibyazid.com/2017/07/09/50-tip-untuk-kekal-fokus/

TIP 1: Setiap kerja kita lakukan ada prioriti yang perlu kita tentukan. Buat prioriti terlebih dahulu.
TIP 2: Fahamkan dulu apa maksud ‘prioriti’. Dalam bahasa Melayu adalah keutamaan. Apa keutamaan kita?
TIP 3: Memang kita rasa semua perkara adalah keutamaan kita. Sebenarnya, setiap sesuatu ada keutamaan masing-masing. Fahamkan perkara ini. Lakukan perkara paling penting terlebih dahulu.
TIP 4: Kita kena biasakan dengan istilah keutamaan ini terlebih dahulu. Jadikan ini rutin, mengenalpasti mana satu prioriti dalam kerja kita.
TIP 5: Keutamaan sentiasa berkait rapat dengan matlamat. Samada matlamat itu berbentuk peribadi atau matlamat profesional (bisnes).
TIP 6: Matlamat kita perlu ada nilai emosi. Motivasi sentiasa mendorong kita menggerakkan badan kita melakukan tindakan.
TIP 7: Fokus adalah mengutamakan perkara paling penting dalam keadaan terpenting.
TIP 8: Buku Stephen Cover pada tahun 1994 berjudul First Things First telah memberi garis panduan tentang keutamaan kerja. 15%, adalah berbentuk luar jangka (perkara kecemasan), 75% adalah keutamaan kita, 9 % adalah benda yang perlu dilakukan segera tetapi tidak penting seperti membuka atau membaca email dan mesyuarat, 1% adalah perkara yang memang tidak penting seperti membaca iklan dan bermain permainan komputer.
TIP 9: Buku bertajuk ‘5 Choices: The Practical Path to Extraordinary Productivity’ pada tahun 2015 telah membuat kajian bagaimana seseorang menghabiskan masa. 26.7% pada perkara krisis (segera) dan perkara ’emergency’. 30.8% pada perkara paling penting, 23.6% pada perkara yang segera tetapi tidak penting seperti email dan mesyuarat, 17.9% pada perkara yang tidak penting dan tidak segera langsung.
TIP 10: Kita perlu jelas dan terang dengan apa keutamaan kerja kita.
TIP 11: Buat log masa. Lihat ke mana masa anda pergi setiap minggu.
TIP 12: Buat analisa log yang telah dibuat. Kemana masa kita pergi sebenarnya.
TIP 13: Lihat ‘Reminder’ pada log yang telah dibuat. Fikirkan cara untuk lebih pantas melakukan kerja, lebih baik dan lebih terancang.
TIP 14: Jelas dengan keutamaan kerja adalah langkah ke arah memfokuskan kerja. Kita boleh memilih untuk dilakukan penuh fokus atau sekadar biasa-biasa sahaja.
TIP 15: Strategi mengutamakan kerja boleh dilakukan dengan meletakkan satu target kerja, buang perkara-perkara yang menyemakkan ruang kerja, meletakkan satu batas contohnya tidak akan keluar dan membuat sistem ganjaran setelah habis kerja.
TIP 16: Analisa kerja dan keutamaan kita. Samada di rumah atau di tempat kerja.
TIP 17: Sentiasa ingat, kita ada cuma 24 jam sehari. Tiada kurang, tiada lebih. Semua ini adalah bagaimana kita menggunakan masa itu dengan baik.
TIP 18: Sentiasa tanya tiga soalan ini. (1) Kenapa saya perlu buat benda ini? (2) Jika saya tak buat, apa akan berlaku? (3) Adakah saya sanggup menerima apa sahaja jika saya tak melakukan benda ini?
TIP 19: Tanya semula tiga soalan ini. (1) Apa cara yang sesuai untuk merancang masa saya? (2) Apa perkara paling penting perlu dilakukan sekarang? (3) Ada solusi lain?
TIP 20: Letakkan garis batasan. Antara anda dan orang lain.
TIP 21: Belajar untuk urus gangguan. Ini termasuklah keinginan untuk memeriksa telefon dan media sosial.
TIP 22: Belajar untuk urus gangguan daripada keluarga dan rakan. Belajar untuk berkata TIDAK dengan lembut.
TIP 23: Berhenti untuk jadi seseorang yang hendak memuaskan hati semua orang. Jadi individu tersebut, anda tiada masa untuk fokus.
TIP 24: Belajar untuk membahagikan kerja. Jangan terlebih ‘micromanage’. Ini adalah satu cara untuk ‘leverage’ masa untuk kerja yang berkeutamaan tinggi.
TIP 25: Jika tak boleh untuk ‘delegate’ kesemua kerja, belajar ‘delegate’ sebahagian kerja. Ini menambahkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.
TIP 26: “Jika kita melakukan perkara yang betul, kita akan terhindar untuk melakukan melihat semua perkara.” kata-kata Gary Keller, The One Thing.
TIP 27: Belajar tanya soalan ini. “Mengapa saya lakukan perkara ini sekarang?” Ini akan membantu mengingatkan anda tentang matlamat utama anda.
TIP 28: Jangan ragu-ragu untuk susun jadual untuk mengutamakan matlamat anda.
TIP 29: Susun jadual harian dan mingguan. Hormati jadual masa yang telah dirancang.
TIP 30: Menghormati dan mengikut jadual ditetapkan memerlukan disiplin tinggi. Jika anda tak menjaga perkara ini, siapa akan jaga untuk anda?
TIP 31: Jangan membazir masa. Sentiasa bersedia dan melakukan persiapan untuk kerja-kerja penting.
TIP 32: Aplikasi yang telah dibina di dunia hari ini boleh membantu anda untuk fokus. Gunakan. Contoh, Freedom, Focus, TimeOut, Concentrate.
TIP 33: Ingat, aplikasi tak membantu kita berubah. Manusia yang perlu berubah.
TIP 34: Bina tabiat yang baik. Ia akan membantu sehingga boleh lakukan secara automatik (auto pilot).
TIP 35: Bina ‘ritual’ diri sendiri. Ini akan membantu kita untuk biasakan diri dengan rutin kerja dan membina tabiat yang baik.
TIP 36: Fahami konsep If-Then yang telah dibangunkan di Harvard. Ini akan membantu mencipta rutin kerja yang menyebabkan kita hendak melakukan tindakan seterusnya sistem ganjaran untuk diri sendiri.
TIP 37: Kurangkan ‘multitasking’. Kurangkan. Kurangkan. Sebaiknya hapuskan. Ini akan merosakkan fokus anda.
TIP 38: Jika anda melalui hari yang sangat sibuk, tanya soalan ini. “Adakah saya benar-benar perlu lakukan perkara ini?”
TIP 39: Lihat kerja-kerja remeh yang tidak mendatangkan keuntungan seperti memeriksa email. Lakukan selepas anda siapkan kerja paling utama.
TIP 40: Biasakan diri dengan idea bahawa kita perlu bekerja mengikut keutamaan, sedikit demi sedikit, hari demi hari. Ini akan membantu anda untuk pergi jauh dalam kerja yang anda perlu lakukan.
TIP 41: Tiada istilah pengurusan masa. Ianya istilah pengurusan energi.
TIP 42: Fikirkan masa yang paling sesuai untuk minda dan badan anda bekerja. Cipta ruang masa untuk anda berfikir sesuatu yang kritikal.
TIP 43: Beritahu orang lain tentang matlamat anda dan jadual kerja anda. Terangkan blok-blok masa. Lihat jika ada orang lain turut sama berminat.
TIP 44: Uruskan jangkaan kerja dan keutamaan. Jadikan lebih realistik. Hari ini tidak sama dengan hari semalam. Jika anda ada strategi dan rancangan, semua ini boleh diuruskan.
TIP 45: Letakkan KPI untuk hasil kerja yang berkeutamaan tinggi.
TIP 46: Sentiasa ada pelan B. Jika ada perubahan, jangan teruskan buang slot masa yang telah dirancang. Cari ruang dalam jadual kerja, alihkan.
TIP 47: Ketenangan datang dalam pelbagai bentuk. Stres yang kurang adalah contoh ketenangan. “Mana boleh tenang, kalau tahu kita akan stres?” pendapatan Dan Levitan dalam TedX.
TIP 48: Praktiskan ketenangan jiwa. Hidup di dunia sekarang, bukan sibuk memikirkan perkara akan datang atau perkara sudah berlalu. Fikirkan keadaan sekarang akan menjadikan diri kita lebih produktif. Kita tak boleh ubah masa lalu atau fikir mendalam masa hadapan. Apa yang penting, lakukan dengan konsisten.
TIP 49: Letakkan prinsip masa. Prinsip ini akan memandu kita merancang jadual lebih baik dan baik.
TIP 50: Ingat kata-kata Stephen Covey ini. Hadiah paling bermakna dalam dunia ini adalah masa dan kebebasan memilih. Gunakan kebebasan memilih memikirkan bagaiman menggunakan masa dengan baik.

//from http://captvitamin.com/tips-untuk-sentiasa-kekal-fokus//
Kaedah 1 (Pengurusan)
  • Kemas  tempat kerja/belajar – pastikan tempat kerja/belajar anda lebih teratur. Sebelum memulakan sesuatu tugas, ambil masa 10 minit untuk mengemaskan workstation anda. ‘Hilang’kan handphone dari pandangan mata anda sekurang kurangnya sehingga anda selesai menyiapkan sesuatu tugas. Contohnya seperti saya sekarang. Untuk menyiapkan satu entry ini, saya cuma akan memegang handphone kembali selepas saya publish entry ini 😉 
  • Buat to do list – Buat to do list anda pada permulaan hari atau permulaan minggu. Pastikan anda ikut list tersebut. Berikan waktu rehat di antara list tersebut. Bahagikan tugas mengikut kepentingannya. Sekiranya sesuatu tugas selesai lebih awal maka boleh reward diri dengan melakukan apa yang anda sukai.
  • Urus masa anda – Pasti anda boleh menganggarkan masa yang perlu di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugas. Jadi urus masa mengikut masa yang ditentukan. Seboleh boleh siapkan tugas tersebut dalam ruang masa yang diberikan.
  • Ruang rehat – Jangan duduk di workstation sehari suntuk. Beri masa untuk berehat. Menonton TV, jogging, atau minum kopi mungkin menyegarkan anda.

Kaedah 2 (Kekal Bermotivasi)
  • Cari tujuan tugas anda – Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan. Sekiranya anda tahu tujuan kerja anda maka anda kekal bermotivasi dan fokus itu akan datang dengan sendirinya. Pastikan anda menulis tujuan tersebut dan sentiasa merujuk serta menyebutnya. Cuba lah. Pasti membantu
  • Ulang ‘mantra fokus’ anda – Bila anda tahu apa yang anda mahu dan telah set gol maka ciptalah ‘mantra’ anda sendiri. Contohnya : “No Facebook, No WhatsApp, No TV sehingga saya menyiapkan satu entry ini”. Ulang sebanyak yang mungkin. Secara tak langsung anda akan terdorong melakukan apa yang anda sebutkan.
Kaedah 3 (Memperbaiki fokus)

  • Memperbaiki fokus anda – Bina fokus stamina. Cabar diri untuk menyiapkan sesuatu tugas contohnya dalam masa 30 minit tanpa bangun dari tempat duduk anda. Kemudian tambah lagi 5 minit, tambah lagi 10 minit. Ini akan membuatkan anda lebih bersemangat secara tak langsung melatih anda lebih fokus. 
  • Banyakkan membaca – Beri tumpuan semasa membaca. Contohnya sekirang membaca novel. Fokus pada satu chapter dan elakkan gangguan lain. Apabila membaca, tanya diri anda apa yang dibaca, apa isi penting bacaan anda dan sebagainya. Dari situ boleh lihat samada anda betul betul fokus pada apa yang anda baca. 
  • Jangan bertangguh – Bertangguh adalah ‘pencuri’ masa. Jangan tangguhkan apa jua tugas. Paksa diri lakukan dalam masa yang ditetapkan.
//fromhttp://www.viramon.com/list/cara-untuk-kekal-fokus-dan-produktif-di-tempat-kerja//

15 Cara untuk kekal fokus dan produktif di tempat kerja

Pernahkah anda mengalami masalah untuk fokus di tempat kerja? Kadang-kadang dapat fokus 10 minit pun susah kan? Jom tengok 15 cara bagaimana untuk kekal fokus dan produktif di tempat kerja

1. Cari sesuatu yang memberi inspirasi & kalau boleh sesuatu yang menyeronokkan

Cari sesuatu yang memberi inspirasi & kalau boleh sesuatu yang menyeronokkan
Cari sesuatu yang mampu memberi inspirasi kepada anda. Contohnya seperti persekitaran yang nyaman, gambar kereta, ataupun gambar-gambar percutian yang menyeronokkan bergantung kepada minat anda.

2. Pilih kerusi dan meja yang selesa

Pilih kerusi dan meja yang selesa
Pastikan kerusi dan meja anda selesa untuk anda bekerja. Kalau meja goyang-goyang atau kerusi yang boleh buat anda sakit badan boleh menyebabkan anda hilang fokus.

3. Pastikan tempat ruang bekerja anda teratur

Pastikan tempat ruang bekerja anda teratur
Susun file-file dan buku anda di tempat yang sepatutnya. Jangan bersepah!

4. Komputer anda bebas dari gangguan

Komputer anda bebas dari gangguan
Kalau syarikat anda beri laptop yang lembab kepada anda, minta mereka tukarkan kepada yang lebih elok. Ini akan menganggu produktiviti kerja anda.

5. Mempunyai air yang cukup berdekatan

Mempunyai air yang cukup berdekatan
Pastikan anda minum air yang mencukupi di tempat anda bekerja. Elakkan minum kopi berlebihan kalau boleh.

6. Bawa makanan ringan untuk mengunyah

Bawa makanan ringan untuk mengunyah
Makanan ringan tak bermaksud anda boleh makan makanan yang tidak sihat. Anda boleh mencuba makanan seperti kekacang.

7. Buat senarai "perkara yang hendak dilakukan" setiap hari dan letak di kawasan berdekatan.

Buat senarai "perkara yang hendak dilakukan" setiap hari dan letak di kawasan berdekatan.
Buat senarai apa yang anda perlu buat setiap hari untuk membuatkan anda mempunyai misi setiap hari.

8. Membahagikan keutamaan kepada tugasan-tugasan penting

Membahagikan keutamaan kepada tugasan-tugasan penting
Bei keutamaan kepada kerja-kerja yang lebih penting terlebih dahulu.

9. Beritahu orang lain tentang bagaimana anda bekerja

Beritahu orang lain tentang bagaimana anda bekerja
Beritahu kepada rakan sekerja anda tentang bagaimana anda bekerja dan menguruskan tugasan supaya mereka tidak mengganggu anda pada masa-masa yang anda tetapkan.

10. Pakai 'headphone'

Pakai 'headphone'
Untuk mengelakkan gangguan daripada sekeliling, anda digalakkan memakai headphone untuk lebih fokus.

11. Letak status sibuk atau “invisible” pada Whatsapp, Facebook chat, Skype dan lain-lain

Letak status sibuk atau “invisible” pada Whatsapp, Facebook chat, Skype dan lain-lain
Elakkan gangguan berchating di tempat kerja.

12. Jauhkan diri dari website media sosial

Jauhkan diri dari website media sosial
Elakkan membuka media sosial lain ketika bekerja

13. Kemaskini & susun email anda

Kemaskini & susun email anda
Susun semua email anda untuk mengelakkan gangguan. Email promosi, spam, dan newsletter boleh menyebabkan anda hilang fokus.

14. Uruskan semula kegunaan telefon bimbit anda

Uruskan semula kegunaan telefon bimbit anda
Kurangkan penggunaan telefon bimbit ketika bekerja. Tutup apps yang tidak berkaitan.

15. Pilih muzik yang sesuai

Pilih muzik yang sesuai
Muzik yang sesuai mungkin boleh membantu anda lebih fokus membuat kerja. Ini bergantung kepada individu. Anda suka muzik yang macam mana ye? 

Tuesday, December 5, 2017

confusing term : transducer, sensor and actuator

Bismillahirrahmannirrahim


Do'a Sedang Belajar



اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ 
أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ


“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

5 Disember 2017
2.29 PM
PhD journey : 3 years 8 months
Current need : Progress report SPS UTM
PhD title : Carbon-based-Nanomaterials coating on Hierarchical Cotton Textile for Wearable Sensor

Hmm, its time to fulfill my progress report but i just wondering about something.
I still confuse what is the different of transducer, sensor and actuator.
Let's figure out to improve your understanding.

TRANSDUCER 
is a device that transform signal from one form to another form. 
It can be classified into energy converter.

SENSOR
is a device that detect and respond inputs from the physical environment. 
Some inputs are light, heat, motion, moisture, gas, pressure and etc.
The respond or output of the sensor usually is electrical signal. 

ACTUATOR 
is opposite of sensor, which convert electrical signal into physical output. 


Interesting fact
- All sensors are transducer but not all transducer is sensor.
- Sensor and actuator are type of transducer. Normally, sensor being an input and actuator being an output. 

ref: google & researchgate
ok, now i understood.
Assalamualaikum.
See u all again in shaa Allah
2.56 pm

Monday, September 11, 2017

KEEP ON TRACK AISYAH!


THIS IS SERIOUS AISYAH!

YOU NEED TO HELP YOURSELF!

FOCUS!

FINISH IT AS SOON AS POSSIBLE!

SQUEEZE YOUR BRAIN THOROUGHLY

AFTER FINISH YOU CAN CELEBRATE IT..

GO UMRAH IN SYAA ALLAH

WITH MAK ABAH HUBBY AMMAR

INSYAA ALLAH AMEEN

THEN YOU CAN GO DOING YOUR POSTDOC SOMEWHERE 'OVER THERE'

YOU ALREADY SO LONG BEING 'HERE'

LET MUSAFIR

SEE ALLAH CREATURES

AMEEN AMEEN AMEEN

Friday, August 4, 2017

Dari hati

Bismillahirrahmannirrahim.

Duhai jari
Teruskan berlari di atas papan kekunci itu
Masa semakin suntuk
Walau payah
Walau goyah
Teruskan melangkah
Walau setapak demi setapak
Kau mampu menghabiskan hingga ke titik noktah!

Duhai minda
Bantulah jari
Jangan terlalu banyak peraturan
Walau kamu perlu untuk menilai betulkah maklumat yang jari karang
Biarkan dia berlari
Jangan ditegah 
Jangan dihalang
Kamu hanya perlu memberi hala tuju.
Perahlah
Hingga ke titisan terakhir
Kau mampu tunjukkan arah itu!

Duhai cinta
Terima kasih atas segalanya
Sokongan
Pengorbanan
Keprihatinan
dan segalanya
Semoga kita terus tabah
Dengan apa jua onak duri ombak taufan
Dalam kehidupan ini
Semoga kita berjaya
Mengecap kejayaan
Di dunia dan di syurga
Ameen!

Duhai hati
Cukuplah resah gelisah itu
Pinta pada ya ilahi
semoga semuanya diberkati
Cukuplah berlengah-lengah itu
Kuatkan semangat dalam diri
Buang rasa rendah diri
Berdiri dengan jati diri
In shaa Allah akan berjaya satu hari nanti!


Ya Fattah Ya Aliim Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahiim semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Ameen


Saturday, July 29, 2017

#PhDAisyah: Siri 1-Jom kenali alotrop karbon


Karbon?

Mungkin pertama kali anda mendengar atau terbaca perkataan disebut di kelas sains sekolah rendah.

Karbon dioksida.
Elemen yang terdapat dalam hembusan nafas kita. 
Yang akan disedut oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesis dan seterusnya menghasilkan oksigen yang sangat-sangat diperlukan oleh manusia.

atau
Karbon, bahan yang terdapat dalam pensil.
Yang menghasilkan warta hitam diatas kertas. 

Ya betul.
Kedua-dua contoh diatas di hasilkan dari elemen yang sama.
Iaitu karbon. 
Atau simbol kimianya; C (carbon)

Tahukah anda bahawa karbon merupakan unsur asas dalam kehidupan kita.
Malah elemen utama didalam badan dan tanah serta makanan kita adalah karbon.

Betapa unik dan hebatnya ciptaan Allah ini, karbon itu sahaja terdapat beberapa strukturbentuk.
Belum diambilkira kebolehan karbon membuat ikatan dengan pelbagai elemen lain.
Subhanallah.
Maha Suci Allah ya Aalim Ya Rashid  yang maha mengetahui dan maha kreatif menciptakan karbon tersebut.

Dalam bidang sains, pelbagai bentuk dari unsur yang sama disebut alotrop.
Jika di zaman sekolah, alotrop karbon yang dipelajari ialah grafit dan berlian. 
Tak pasti sekarang silibus sudah tambah atau belum beberapa alotrop yang baru di jumpai.(Bukan terlalu baru, dijumpai pada tahun 1990 dan 2000-an)
Iaitu tiub nano karbon (carbon nanotube) dan grafin (graphene).

Keunikan alotrop-alotrop karbon ini ialah walaupun mereka dari unsur yang sama iaitu karbon tetapi mempunyai sifat yang tidak sama.
Macam kita adik beradik lah...hehe.. dari mak bapak yang sama tapi bentuk fizika, perangai berbeza-beza 😎.

Ok jom kita kenali adik-beradik karbon yang pertama iaitu grafit. 
Grafit merupakan alotrop karbon yang paling dikenali selain berlian. 
Ia juga paling mudah dijumpai iaitu di dalam pensil. 
Malah simbol H dan B di batang pensel juga merujuk kepada kuantiti grafit didalam pensel tersebut. 
H merujuk kepada hardness atau kekerasan mata pensel, ia berdasarkan kepada kuantiti tanah liat. 
B merujuk kepada blackness atau kehitaman, dan ia berdasarkan kepada berapa banyak grafit didalam pensel tersebut. 
Seperti didalam gambar dibawah, tulisan dari pensel 4H lebih pudar berbanding yang lain kerana peratusan tanah liatnya lebih tinggi daripada peratusan grafit.
Sebab itu juga untuk peperiksaan, cikgu arahkan kita guna pensel 2B. 
Boleh juga jika nak gunakan pensel 3B, 4B tapi 2B lebih murah dan memenuhi kriteria untuk cikgu senang nak baca jawapan.

Ok adik beradik yang kedua ialah berlian. 
Ha tu dia..
Blink-blink mata semua.
Terutama yang perempuan kan..
Berkilau gemerlapan.
Bahan paling keras didunia.


Alotrop carbon yang lain wujud dalam saiz yang kecil.
Ianya adalah tiub nano karbon, grafin dan fulleren

Dan betapa kreatifnya Allah ya Rashid.
Alotrop karbon terdiri dari semua dimensi.
Fulleren adalah susunan carbon atom dalam bentuk sfera yang dikira sebagai 0 dimensi.
fulleren

Grafin pula adalah satu lapisan dari grafit dan membentuk 1 dimensi karbon alotrop.
Grafin merupakan unsur asas bagi karbon alotrop.
Grafin

Apabila grafin digulung, ia akan menghasiklan tiub nano karbon
Karbon atom yang disusun dalam bentuk silinder dan dikategorikan sebagai 2 dimensi karbon alotrop.
Tiub nanokarbon

Seterusnya, grafit dan berlian, kedua-duanya adalah karbon dalam bentuk 3 dimensi.
Tetapi kedua-duanya mempunyai sifat yang sangat berbeza kerana ikatan antara atom karbon tersebut. 
Beberapa grafin disusun bertingkat-tingkat menghasilkan grafit.
Grafit

Berbeza dengan grafit yang mana karbon dalam bentuk lapisan demi lapisan disusun bertingkat-tingkat, ikatan antara atom karbon didalam berlian adalah tidak teratur. 


Berlian
Menarik bukan!
Sungguh unik unsur bernama karbon ini!
Sekian saja ilmu pada kali ini..
In shaa Allah banyak lain perkara menarik berkaitan karbon ini akan saya tulis di waktu akan datang. 
Semoga Allah ya Baari mengizinkan.
Ameen. 


 

Sample text

Sample Text

Sample Text