Social Icons

Pages

Thursday, July 4, 2013

Bangkit!

Bismillahirrahmannirrahim.

Kehidupan ini bukanlah hanya untuk bersuka-suka dan bergembira.
Kadangkala perlukan tamparan laju-laju pada pipi untuk sedarkan kita yang sedang tidur.
Kerna kadangkala kita lupa yang kita hanya manusia, khalifah yang dihantar ke muka bumi untuk beribadat kepada-Nya.
Bukan empunya kehidupan yang fana ini.

Ya, tamparan itu telah membuka mata dan pintu hati.
Menyedarkan bahawa diri ini mungkin terlalu jitu merancang dan kadang alpa Dia yang Maha Perancang.

Masih aku teringat pengalaman aku di Kuala Lumpur semasa attachment awal tahun ini.
Kebergantungan aku pada Allah sangat lah ampuh ketika aku sesat memandu di tengah2 bandar tu dengan minyak dah berkelip2... dan beberapa lagi peristiwa lain.
Ya, mungkin Allah rindukan aku yang sangat2 bergantung kepada-Nya.
Atau mungkin Allah ingin memberitahuku bahawa aku masih cukup bersedia untuk hidup di negara orang.
Atau mungkin Dia ingin menasihatiku bahawa persediaaan aku masih belum cukup untuk melangkah ke dunia  permanent head damage itu.
Atau mungkin Dia ingin aku meneliti semula niat aku.

Niat?
Bila difikirkan semula, ya, aku selalu menjawab " Dah memang tutor kene sambung phd " bila orang tanya kenapa nak sambung PhD.
sepertinya, terpaksa?
Sesungguhnya, aku perlu menilai semula niat aku dan menggali dengan lebih dalam apa yang aku benar-benar minat, untuk merancang siapa aku 5 tahun akan datang.




Mukhayyam di Gunung berlumut 2 minggu lalu memang kenangan yang indah.
Dan kehidupan di dunia boleh di umpamakan seperti mendaki gunung.
Ianya penuh berliku dan berduri.
Segerombolan pendaki yang mendaki gunung yang sama, pada waktu yang sama.
Tetapi tiba di puncak pada waktu yang berbeza.
Kerna masing-masing punya stamina yang berbeza.
Walaupun ianya trek yang sama, mungkin seseorang itu lebih suka melalui laluan akar2 dan seorang lain melalui bahagian tanah yang licin.
Dan mungkin seseorang yang lain di suruh berhenti atau di tolak ke bawah.
Kerana apa? Laluan dihadapan penuh binatang berbisa.

Lalu dia marah kerana terjatuh kesakitan.
Tetapi, setelah lama terduduk sakit.
Dia memandang keatas.
Ya langit itu sangat indah.
Pendakian tadi yang terlalu fokus terhadap puncak.
Hingga terlupa untuk melihat langit yang indah.




Terima kasih ya Allah.
Aku pasti aku akan berjaya sampai ke puncak gunung ini.
Tips pendaki professional - jangan berehat terlalu lama nanti pancit.
Ya, baaangkheeeet sekarang!




 

Sample text

Sample Text

Sample Text