Social Icons

Pages

Saturday, March 29, 2014

Not only a dream, it's a hope

I know it's not good to look back, we must move forward and plan for the future..
But, deep in my heart, i really miss the moment we shared together..
Miss to be together, study together, eat together, travel together, hangout together...



One fine day, in shaa Allah we will meet and catch the sweet sour moment we had together :-) .


posted from Bloggeroid

Wednesday, March 12, 2014

Ibrah (pengajaran ) dari MH 370

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillahirrabbilalamin arrahmannirrahim ...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Yang menentukan segala-galanya.

Yang mengatur alam ini..


Sejak dua hari lepas, masyarakat dunia amnya dan khususnya warga Malaysia bermuram durja dengan kehilangan pesawat MH 370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kehilangan penuh misteri tanpa tanda betul-menguji keimanan kita semua.

Di saat spekulasi pelbagai pihak, kemunculan Kapten Norudin pakar aviasi yang pernah memandu pesawat yang sama begitu memujuk hati kita semua.


Benar, betapa canggih pun sains dan teknologi, segalanya dari-Nya.

Dia lah yang mengawal segalanya dan Dia mampu melakukan apa sahaja.

Sains dan empunya sains yakni Allah memang tak dapat dipisahkan.

Jika kita hanya bergantung kepada kecanggihan alat tanpa mengharap pertolongan ilahi, kita akan terus sesat.




"Ya Allah, kau bantulah kami dalam mencari pesawat itu dan semoga mereka semua selamat."

Di saat ini, semua rakyat bersatu tidak kira agama, parti politik dan bangsa dalam mengharap keajaiban berlaku dan mereka dalam pesawat itu selamat.

Kita semua terus berdoa walau jika diambil kira, penumpang warganegara Malaysia dan beragama islam hanyalah kurang separauh dari jumlah penumpang.

Teringat kata-kata seorang teman semalam, "Pabila ujian itu menimpa kita,dekat, kita semua cakna, prihatin dan bersungguh-sungguh berdoa. Tapi, kemelut yang telah lama berlaku di Rohingya, Palestin, Mesir, Syria, kenapa kita tidak semangat prihatin dan berdoa untuk mereka? Lagaknya seperti mereka tidak kena mengena dengan kita semua."

Gulp! Sentap!.. Kerna aku juga masih begitu... begitu prihatin akan berita berkenaan MH370, tapi tidak terlalu mengambil berat perihal saudara seislamku di sana...

-Tidak beriman salah seorang diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri -HR Bukhari dan Muslim.

Dan sesungguhnya kita sesama islam adalah bersaudara.



"Ya Allah, ampunilah dosa kami ya Allah...
Kau selamatkanlah penumpang MH 370, kau hilangkanlah kemarau di negara kami serta kau bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Syria, Rohingya, Mesir dan tempat-tempat lain. Semoga kebersatuan kami berdoa keselamatan pesawat itu akan terus kekal bersatu walaupun setelah pesawat itu dijumpai. Malah semoga keprihatinan kami berdoa agar pesawat itu dijumpai terus kekal berdoakan untuk keselamatan dan keamanan seluruh negara terutama di negara-negara islam yang bergolak. Amin. "

Tuesday, March 4, 2014

Cabang-cabang kehidupan


Bismillahirrahmannirahim..
Assalamualaikum...
.
Haha... selalu bercita-cita nak update blog selalu nak improve skill of writing (harapan ;P)..
Tapi... yang terjadi.. camni lah... setelah sebulan baru jari ni mampu menari-nari atas keypad dan menyusun ayat.
Well, biaselah bizi katekan..huahuahua.. poyo jer..
Ai.. bile la aku nak ubah cara penulisan ni biar matang sket..
Asal matang jer.. aku tertulis puisi la, sajak la, pantun la..haha
Hmmm... ape2 la kan.. asalkan kita enjoy! (excited gaya nora danish dalam drama puteri..hihi)

Ok, sebenarnyer nak cite kehidupan aku akhir2 ni mmg penuh drama..
Drama PhD..
uh... x penah dibuat pengarah tajuk drama educated camni kan..
tapi tu lah.. skrip kehidupan ni sume ditulis oleh yg Maha Kuasa..Allah s.w.t
So, segala-galanya mungkin..

Bulan lepas bulan yang penuh dengan cabaran..
Pengumuman dekan menyatakan kami tutor-tutor tak dibenarkan untuk sambung PhD memang betul-betul menyesakkan dada merenggut jiwa.
Tersepit dengan harapan hati yang ingin melanjutkan pelajaran di tempat baru (baca: oversea), berhenti dari skim sekarang, ikatan hati terhadap ukhuwwah dakwah dan tarbiyah yang banyak menarik aku untuk stay disini, kadar pengangguran dan ekonomi di Malaysia yang bukan senang nak cari kerja lain dan sebagainya.



Rasional vs emosional.
Istikharah & Musyawarah



Yup, jika diikutkan hati aku lagi2 ditekan oleh beberapa orang disekeliling aku memang dah setengah jalan ambil keputusan untuk berhenti dari institusi ini dan mencari kerja berdekatan dengan kampung halaman. Istikharah perlu dibuat berkali-kali, lagi dan lagi kerna kadang-kadang atau selalunya hati kita yang banyak dosa ini sukar untuk membaca apa yang terbaik untuk diri. Dan, ianya bukan sekadar istikharah malah kadangkala musyawarah lebih penting dari istikharah. Perbincangan bersama yang pakar dan yang lebih berpengalaman banyak meneutralkan keadaan tegang dalam diri seterusnya membuatkan aku dapat berfikir dengan lebih rasional. Kata seorang pengurus, jika awak telah mendapat tawaran untuk menggantikan jawatan awak sekarang, saya memang menyokong keputusan awak, tapi awak tidak pasti jalan awak seterusnya jika awak ambil keputusan ini. Memang aku dah banyak minta jawatan atau biasiswa lain sejak konstroversi jawatan pertengahan tahun lepas. Namun, rezeki belum berpihak pada aku. Kata seorang yang berpengalaman pula, sekarang bukan senang untuk dapat kerja walaupun telah mempunyai PhD..
Mendapat nasihat dari orang lain dengan jiwa terbuka memang terkesan dihati. Seterusnya aku menilai baik dan buruk diantara peluang-peluang yang ada.

Setelah berfikir dengan tenang dan rasional, aku menerima pendapat si pakar dan si berpengalaman. Ada betulnya apa yang mereka katakan, berhenti sekarang seperti aku lari dari mulut buaya dan mungkin masuk mulut naga. Aku mengambil keputusan untuk mengikut arahan mereka untuk sambung disini memandangkan dengan status aku yang tidak terikat dengan institusi ini aku masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara jika mempeolehi mana-mana tawaran biasiswa lain.


Pemilihan tidak berhenti setakat itu sahaja, kehidupan ini memang penuh dengan pilihan. Setelah membuat keputusan sambung pelajaran disini, aku perlu memilih penyelia untuk pengajian doktor falsafahku.. dan ianya perlu dari fakulti ini sahaja?!... dah la fakulti ni berapa kerat jer pastu yang buat bidang berkaitan lagilah secipot...kena pilih tajuk lagi...
Tajuk projek yang aku akan bergelumang dan orang yang aku akan jumpa selalu dalam masa 3 tahun!
Ia bukan keputusan yang mudah. Bukan semudah memilih ikan di pasar atau memilih baju di butik..

Dekan mencadangkan aku sambung PhD diselia oleh Dr. A tapi aku berminat untuk bekerja dengan gaya pemikiran Dr. B. setelah membuat kaji selidik pelajar-pelajar kedua-dua doktor tersebut, in shaa Allah aku rasa Dr. B lebih sesuai dengan cara kerjaku. Selain itu, aku juga berminat untuk bekerja bersama Dr. C di luar institusi yang aku menyenangi cara seliaan beliau. Tapi setelah aku buntu merangka kertas kerja yang berkaitan dengan kepakaran Dr.B dan Dr.C, aku meminta pendapat Dr.D yang mengetahui bidangku.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat menguruskan borang-borang cuti belajarku minggu lepas walaupun terdapat pertukaran di saat-saat akhir siapa penyelia utama dan penolong penyelia. In shaa Allah ianya yang terbaik setakat ini.

Kerna yang pasti, dalam perjalanan kehidupan ini kita pasti akan melalui cabang-cabang peluang yang kita hanya mampu pilih satu dari banya-banyak itu.


 
p/s : Pemilihan tajuk dan supervisor yang aku akan berdepan selama 3 tahun aku da pening2 camni, camnelah nak pilih orang yang akan sehidup semati...hurm...




 

Sample text

Sample Text

Sample Text