Social Icons

Pages

Monday, September 30, 2013

Sejadah di pinggir tiang

Hijrah
Kepastian yang belum terungkai
Setiap detik manusia membuat pilihan
Kebaikan atau keburukan

Tinggi
Aku ingin terbang tinggi
Menggapai awan
Menyentuh pelangi

Badai
Sentiasa menemani
Menguji sang diri
Menilai kekuatan abadi

Hati
Teguhlah seperti pasir
Walau sentiasa dipukul ombak
Tetap mendap ke dasar
Tidak terapung ke hilang tujuan

Aku
Seolah seurat benang yang terjalin indah menjadi sehelai sejadah
Ingin menemani kamu
Sebutir pasir yang menjadi tiang masjid itu

 Niat
 Harus sentiasa diperbaharui
 Keredhaan ilahi itu destinasi
 Bukan duniawi jua insani yang patut dikejari


Semoga selamat tiba ke destinasi jannah yang abadi









posted from Bloggeroid

Sunday, September 22, 2013

Psiko - si pencuri hati



Kene mintak izin ker ek, curik gamba ni...huuuu
posted from Bloggeroid

Friday, September 6, 2013

alunan al-quran. mp3

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.r.t

Salam Sayyidul Ayyam =)
Sempena hari jumuat yang mulia ini,  saya ingin berkongsi satu link yang saya rasa berguna untuk semua umat islam.

http://suraukini.blogspot.com/2012/01/percuma-download-mp3-al-quran-berserta.html

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Apa yang menariknya pasal laman web ni?
Setelah mencari mp3 al-quran untuk di alunkan dalam kereta sepanjang perjalanan terutamanya ke tusyen, saya telah menemui laman web ni.
Ianya lebih menarik kerana sebenarnya saya inginkan mp3 al-quran, tapi saya menjumpai lebih daripada itu.. ianya mp3 al-quran beserta tafseer berbahasa melayu... bukan indonesia tau...
Sangat best sebab yelah, kita dah biasa baca surah-surah dalam solat tapi bukannya kita faham sangat pon makna ayat-ayat cinta dari Allah itu...

So, selamat mendownload mp3 ini !
Anda boleh dengar sambil memandu, bekerja, memasak dan sebagainya... tapi janganlah dengar sambil buang air dalam toilet pulak...


Jom sebarkan link ini.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Nya, dapat memperbaiki bacaan al-quran, hafazan dan pemahaman...Ameen...


Wednesday, September 4, 2013

Permata di Awan

Berlian itu
Berkilau umpama bintang
Memanah mata
Menusuk jiwa

Terletak tinggi di atas sana
Perlu didaki puncak cahaya
Merentasi belukar
Meredah saujana

Berlian indah
Dilitupi salji nan putih
Sentiasa terjaga keaslian terpelihara
Terbentuk elok bujur bercahaya

Untuk mendaki gunung aurora
Perlu persiap diri segala
Ilmu hakiki perlu dicari
Bukan hanya ketahanan diri

Tunggu disitu
Duhai berlian
Akan menyusul cincin suasa
Kita bersama seindah rasa

P/s: baru ajar budak darjah 6 tusyen bahasa melayu, ayat dah puitis cam aper.. belum lg ajar komsas ni =p



posted from Bloggeroid

Monday, September 2, 2013

Titisan hujan itu

Hujan turun lagi
Membasahi bumi
Membawa rezeki
Menyembunyikan mentari

Aku masih disini
Punya harapan yang tinggi
Namun ia tidak pasti
Akan menjadi kenyataan atau sekadar minpi

Mentari muncullah lagi
Aku kesejukan disini
Bawalah sekali pelangi
Semoga terhindar sepi

Janji itu pasti
Setiap kesusahan kesenangan akan mengganti
Sabarlah duhai hati
Tingkatkan iman dalam diri

Agar semua mimpi menjadi pasti
Kebahagian itu akan dikecapi
Percayalah dalam diri
Allah sentiasa menemani




-6.30 pm - di dalam bas delima- dari melaka menuju singapura
posted from Bloggeroid
 

Sample text

Sample Text

Sample Text