Social Icons

Pages

Tuesday, April 22, 2014

IQRA (Part 1)

Bismillahirrahmannirrahim…
Iqra’bismirabbikallazikhalaq..

Wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad saw , rasul junjungan yang kita cintai.
Betapa pentingnya membaca atau mencari ilmu dalam kehidupan kita sebagai manusia.
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan”
Malah lebih ditekankan bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu, ini menunjukkan kita patut menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan-Nya, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Oleh yang demikian, topik yang ingin saya kongsikan dalam blog kali ini ialah tips membaca (dengan cepat).
Jika ditelusuri, kita telah mula membaca sebelum umur 5 tahun, dan hingga sekarang kita mungkin telah membaca melebihi sejuta patah perkataan.
Tetapi, adakah kita telah mengoptimumkan kemahiran membaca kita?
Adakah kita memperbaiki kemahiran membaca kita tahun demi tahun?
Atau mungkin jika pada umur kita 17 tahun kita telah membaca 50 buah buku setahun dan bilangan buku yang mampu kita baca pada masa kini masih sama atau telah berkurang?
Jika anda juga seperti saya, seorang pelajar yang memerlukan kita membaca artikel saintifik setiap hari, adakah bilangan jurnal yang berjaya anda khatam bertambah hari demi hari?


Jadi, jom kita amalkan tips-tips ini bersama-sama.
1.       1. BERSEDIA
-          Sebagai seorang muslim, setiap perkara kita perlu mulakan dengan bacaan doa lebih-lebih lagi untuk menimba ilmu. Bacalah doa ini sebelum memulakan pembacaan, agar dilapangkan hati kita semua untuk menerima ilmu tersebut dan diberi kefahaman yang baik terhadap ilmu tersebut.
-          Setelah membaca, kita perlu bersedia dari segi mental dengan bertanyakan soalan seperti berikut kepada diri sendiri a) Apa yang telah aku tahu berkaitan isu ini? B) apa yang aku ingin tahu dari pembacaan ini? C) kenapa aku perlu membaca artikel ini?
-          Pertanyaan ini penting untuk kita fokus kepada sebab utama kita membaca sesuatu perkara.

2.        2. LIHAT SEKILAS LALU
-          Sebelum membaca baris demi baris, lebih baik kita melihat sekali imbas apa isi kandungan buku atau artikel yang ingin kit abaca agar kita tahu secara ringkas jalan penceritaan buku atau artikel tersebut.
-          Malah jika kita melihat sepintas lalu, kita akan mendapat gambaran ilmu yang akan kita perolehi jika meneruskan pembacaan.
-          Selain itu, dengan melihat sekilas lalu, kita akan terbiasa dengan struktur penulisan buku atau artikel tersebut.
-          Pada masa ini juga, teliti setiap perkara ( yang dianggap remeh tapi sebenarnya penting) seperti nama penulis, isi kandungan, indeks dan bibliography agar kita boleh merujuk maklumat tambahan dan mendapat gambaran cara penulisan.

3.        3. MEMBACA SECARA PASIF
-          Membaca secara pasif bermaksud, kita membiasakan diri kita dengan bahasa penulisan yang kita baca secara rambang.

4.        4. MEMBACA SECARA AKTIF
-          Setelah membaca secara pasif, bacalah bahan bacaan tersebut dengan meletakkan jari kita pada barisan ayat, dan seterusnya menggerakkan jari kebawah mengikut kadar bacaan kita. (Jari bukan pada perkataan demi perkataan tetapi baris demi baris.

5.        5. TAPIS PEMBACAAN
           -     Apabila membaca, biasakan memegang highlighter atau pen agar kita dapat mewarnakan ayat-ayat yang penting.
           -    Proses menggariskan atau mewarnakan perkataan yang penting memudahkan kita mengetahui isi yang penting untuk bacaan akan datang.

Ini adalah tips pertama dalam info membaca dengan cepat.
In shaa Allah saya akan kongsikan sambungannya satu hati nanti.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih.



Saturday, April 19, 2014

April

Bismillahirrahmannirrahim...
A.p.r.i.l
April seindah nama...
Bagai nama watak seorang gadis dalam cerita novella...
Berlatarbelakangkan sakura...

Yeah...
Setelah panas dan kemarau melanda Malaysia, bumi ini diwarnai oleh sakura yang merimbun memenuhi jalan...
Subhanallah sungguh indah ciptaan tuhan itu..




Alhamdulillah bulan april jugalah bulan penuh warna warni yang aku lalui...
April bermulalah pengajian doktor falsafah ku di utm ini...
Jodoh aku bersama utm memang sangat kuat..
Masuk tahun ini sudah hampir sembilan tahun aku menghirup udara skudai yang permai ini..
Satu tempoh yang sangat panjang kerna sepanjang persekolahan dulu pon aku pernah belajar di satu sekolah tidak lebih dari 3 tahun..

Aku bukan tidak bersyukur.
Aku sangat bersyukur dikurniakan rezeki di sini.
Dikala semua rakan taulan berusaha mencari pekerjaan, aku sangat bersyukur telah dikurniakan
pekerjaan yang stabil disini..

Namun, seperti air yang bertakung di sesuatu tempat untuk jangka waktu yang lama, ianya akan berkeladak.
Begitu juga aku. Tepu mengulang rutin-rutin yang berulang.
Air yang mengalir lebih jernih daripada yang bertakung.
Aku ingin berkelana melihat dunia ciptaan-Nya, menimba ilmu daripada ilmuan luar serta menyebarkan ilmu dan berdakwah kepada orang luar jua.
Kerna sunnatullah di para sahabat dahulu, mereka jua mengembara hanya untuk mendapatkan sepotong hadis dan menjelajah ke seluruh alam untuk menyebarkan apa yang mereka pelajari.

Di bulan april ini juga, aku dipanggil untuk temuduga biasiawa mara ( oh ianya sebenarnya pinjaman).
Alhamdulillah aku telah lakukan yang terbaik.
Semoga permohonanku berjaya.

Minggu depan, tarikh keputusan mara akan diumumkan.
Begitu juga tarikh akhir penghantaran borang perjanjian cuti belajar utm.

Semoga aku dikurniakan kurniaan terbaik dari-Nya.
Kerna dia Maha mengetahui apa yang terbaik hari ini dan masa depan untuk diriku ini serta yang terbaik untuk agamaku..
Semoga aku redha dengan segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh-Nya dan sentiasa bersyukur.
Amin

P/s : Perjalanan hidup ini memang penuh dengan cabang-cabang.
posted from Bloggeroid
 

Sample text

Sample Text

Sample Text