Social Icons

Pages

Wednesday, December 17, 2014

Aku pernah

Tajuk post macam lagu glenn je kan.
Tapi aku bukan nak tulis lirik lagu tu kat sini

Just nak post benda ni



Yup. Kerna aku pernah mengalami perkara yang sama
Kawan-kawan nak kahwin, kawan-kawan nak dapat anak.
Perkara-perkara gembira yang entah mengapa terlalu mengguris rasa ketika itu.
Lagi-lagi dengan kekecewaan yang amat sangat pabila sayapku untuk terbang jauh dipatahkan.
Aku tak patut berperasaan begitu. Aku patut tumpang gembira bukan sedih.Aku tahu.
Namun aku insan lemah. Insan kerdil. Yang hanya cuba berlagak kuat. Cuba berlagak tenang.
Namun aku tahu aku tewas, kerna pabila hati kita tidak sihat, ia akan merosakkan sistem badan.
Dan tika itu aku rebah, pertama kalinya dalam kehidupan aku pitam, bumi berputar ridak seimbang.
Dan kini aku berkecil hati hanya kerana sepotong kek yang tiada kena mengena.
Kek cheese yang dulu mengikat entah mengapa menjarakkan.
Oh ridiculousnya.

Entah mengapa saat ini, aku rindukan kalian.
Sangat rindu, walau dekat.
Aku yang berubah, atau kamu.
Atau masa sebenarnya yang mengubah kita.
Jika aku bersalah, maafkan diriku.
Maaf jika aku ego.
Maaf jika aku kelu untuk memohon maaf.
Maaf jika aku kurang bertanya khabar.
Maafkan aku jika pernah berkecil hati.
Maaf jika aku tak berani mengajak ke arah kebaikan.
Maaf untuk segalanya.
Maafkan aku kerna aku pernah.
Sesungguhnya temanmu ini banyak kekurangan, kelemahan.

Jujur aku rindu.
Rindu gelak tawa kita bersama.
Jujur aku impikan kita bergandingan tangan membina anak bangsa, menegakkan agama, membangunkan negara bersama-sama.

Aku tidak menyalahkan sesiapa.
Kerna semuanya berlaku dengan izin-Nya.
Pasti ada hikmah tersirat yang Dia suruh kita cari.
Pasti Dia mahu kita belajar dari kehidupan ini.
Belajar dan terus belajar untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang diredhai.
Semoga ikatan itu bertaut kembali & makin utuh.
Bersahabat kerana Allah swt.
Harapan dalam rindu.
In shaa Allah

posted from Bloggeroid

 

Sample text

Sample Text

Sample Text