Social Icons

Pages

Tuesday, September 11, 2012

Same concept


Assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik dah bulan september kan...

Semalam aku pegi beraya rumah mak sedara aku kat taman daya bersama sepupu ku.
Perjalanan pulang tu, satu isu yang di utarakan oleh sepupuku yang sekarang bekerja sebagai cikgu di salah sebuah sekolah di jb ni.
Isu masalah pelajar kat sekolah.
Dari pandangan beliau, majoriti pelajar yang mempunyai masalah sosial dan sahsiah memang mempunyai masalah keluarga.
Di pendekkan cerita, konklusinya ialah pemilihan pasangan hidup itu sangat penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan masyarakat yang aman.

Dalam bercerita itu, minda ku masih memikirkan urusan phdku.
Yelah, ayien dah sebulan kat jepun, kelmarin k.hana dah terbang ke  korea.
Minggu depan k.wina dan famili akan ke birmingham dan lepas tu nazri ke oxford.
Yeah!... aku kena cepat... kontrak tutor aku pon tinggal lagi 3 taun je lagi tapi aku blm dapat tempat utk phd.
So, sekarang aku tengah bertungkus lumus apply universiti lah ni...
Dan, hingga di saat ini hati aku masih belum tetap pendirian dalam pemilihan bidang phd ni.
Ok, aku dah decide aku akan still dengan engineering related to dentistry.
Tapi, adakah ianya biomechanics semata2 atau combination dengan biomaterial, biosensor, biophotonics, biorobotic atau tissue engineering?
Kat university of leeds aku berminat dengan tajuk development of laser  technology  to tooth sensitivity. Tajuk ni sebenarnya gabungan biophotics, biomaterial dan dentistry. Laser technology tu memang baru jugak dalam dentistry. Tapi aku punya idea aku nak analysis application tu guna Finite element analysis.

Application University of Canterbury pulak aku berminat dengan tajuk Advanced Design and Topology Optimisation of Porous Bone-Interfacing Implants iaitu tajuk biomaterial. Dan universiti lain aku berkenan dengan tajuk2 yang berbeza...
 apa sebenarnya yang Aisyah betul2 minat ni...

Hmm.. kesimpulannya konsep nya sama pemilihan tajuk phd dan pemilihan suami sangat2 penting sebab ia akan menentukan dimana kita dan siapa kita 5, 10 tahun akan datang.

Dalam bersimpang siur pilihan dan peluang yang akan ditempuhi, aku berharap aku jumpa 2 in 1 road. Dapat bidang phd yang paling sesuai untuk aku. suami yang terbaik untuk aku. atau mungkin 3@4 in 1. supervisor yang terbaik untuk aku dan universiti yang terbaik untuk aku. InsyaAllah. Amiin

Ok...aku dah melalut nie... babai.... Good nite. Assalamualaikum


p/s: esok adik bongsuku, Izzudin akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga dia dapat menjawab dengan tenang dan dapat keputusan yang cemerlang. Masuk MRSM eyh.. Pecahkan rekod kitorang. Setakat ni semua masuk mrsm time form 4, insyaAllah Din masuk form 1 eyh. Amiin=)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text