Social Icons

Pages

Sunday, May 15, 2011

// LIVE THE MOMENT //

Just want to share this article..
Source: Facebook Heliza Helmi..
Enjoy it !=)
 
//Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya:"Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit""Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".

Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.

Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan.  

Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.//

 mak : terima kasih kerana  melahirkan kaklong..
terima kasih kerana sabar mmbesarkan anak mak yang degil ni...
terima kasih kerana x pernah jemu masak utk kami...
terima kasih kerana x pernah jemu basuh baju kami...
terima kasih kerana x pernah jemu mengemas rumah...
terima kasih kenara mengajar kaklong selok belok menghadapi kehidupan ni

SELAMAT HARI IBU MAK


.(¯`v´¯),
(_»@«_)
.(_..^._)•.,,.•´¯`•.,,.­•´¯`•.,,.•´¯`•.
...`•.,,.•´¯` •.,,.•´¯`•.,,.•´¯`•.,,(¯`v´¯),
::::::ԋαρρყ ɱσƚԋҽɾ´ʂ ԃαყ!::::(_»@«_)
²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²²­(_ ..^._)´


abah : terima kasih kerana bekerja keras untuk mebesarkan kami...menyekolahkan kami...
terima kasih kerana x jemu nasihat n bagi sokongan kat kaklong...
terima kasih kerana memahami perangai kaklong yang kadang2 x dgr ckp abah...
terima kasih kerana memberi didikan sempurna kepada kami..


♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥
♥---------------- () --- ()-- () -- ()---------------,.♥
♥--------------- || --- || --|| -- ||--------------,.♥
♥--------------{*~*~*~*~*~*~*}-------------,'♥
...♥------- @@@@@@@@@@@@@@@-------,'♥
♥------- {~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ }--------.'♥
♥----@@@@@@@@@@@@@@@@@@----.♥
♥--- {~*~*~*~*~*HAPPY~*~*~*~*~ }-----'♥
♥--- {~*~*~*~*~BIRTHDAY*~*~*~*~}-----'♥
♥--- {~*~*~*~*[̲̲̅̅I̲̲̅̅ ̲̲̅̅l̲̲̅̅o̲̲̅̅v̲̲̅̅e̲̲̅̅ ̲̲̅̅y̲̲̅̅o̲̲̅̅u̲̲̅̅]~*~*~*~*}-----.♥
♥@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@*♥
♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥

SELAMAT HARI JADI ABAH & ZAID


adik2ku : terima kasih kerana menjadi adik yang baik..

kawan2ku, rakan2ku, sahabat2ku, teman2ku : terima kasih kerana memahami ku...terima kasih kerana menemani ku tika suka dan duka.. terima kasih kerana menyokongku...terima kasih kerana menasihati ku tika ak silap..terima kasih kerana setia mendengar bebelan ketidakpuasan hatiku...terima kasih kerana menolong aku bangkit dari kejatuhnan..terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan...
Sesungguhnya aku insan lemah yang perlukan kalian semua..



TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA..

p/s : hidup ini kalau terlalu lurus kita akan leka...kerna itu Allah menguji untuk kite sedar dan memperbaiki diri...InsyaAllah..

Kadang2 kita rase kite perlu siram air byk2 untuk pokok tu tumbuh dgn subur...tp realitinya pokok itu berbeza sifatnye dgn pokok yg ditanam sebelum ini...lalu air yg disiram td bukan shj menyebabkan pokok itu mati...malah beberapa pokok disekelilingnya juge terkena tempias...

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text