Social Icons

Pages

Thursday, November 28, 2013

kerana kita semua





kerana kita semua manusia biasa
yang punya hati yang sentiasa berbolak balik
perasaan yang silih bertukar ganti
punya perasaan suka
punya perasaan gembira
punya perasaan duka
punya perasaan benci 
punya perasaan geram
punya perasaan tak puas hati

kerana kita manusia biasa
punya hati yang rapuh
bukan besi yang kukuh
bukan jua batu yang kuat
tapi hanya hati yang mudah terluka
yang tak terlepas dari tercalar balar

kerana kita semua manusia biasa
penuh dengan kekurangan
bukan sempurna
kadang tersilap penilaian
sering berbeza pemikiran
selalu membuat kesilapan
namun memerlukan antara satu sama lain

kerana kita semua manusia biasa
tidak terlepas dari pelbagai ujian kehidupan
yang seperti roda
kadang kita di atas, kadang dibawah
dugaan itu perencah kehidupan

kerana kita semua manusia biasa
tidak sama antara satu sama lain
raikan kepelbagaian
terima perbezaan
hadapi ujian
kita semua milik tuhan




Hati dan cuaca memang ada persamaan. Ia sering berubah tanpa diduga


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text