Social Icons

Pages

Friday, August 4, 2017

Dari hati

Bismillahirrahmannirrahim.

Duhai jari
Teruskan berlari di atas papan kekunci itu
Masa semakin suntuk
Walau payah
Walau goyah
Teruskan melangkah
Walau setapak demi setapak
Kau mampu menghabiskan hingga ke titik noktah!

Duhai minda
Bantulah jari
Jangan terlalu banyak peraturan
Walau kamu perlu untuk menilai betulkah maklumat yang jari karang
Biarkan dia berlari
Jangan ditegah 
Jangan dihalang
Kamu hanya perlu memberi hala tuju.
Perahlah
Hingga ke titisan terakhir
Kau mampu tunjukkan arah itu!

Duhai cinta
Terima kasih atas segalanya
Sokongan
Pengorbanan
Keprihatinan
dan segalanya
Semoga kita terus tabah
Dengan apa jua onak duri ombak taufan
Dalam kehidupan ini
Semoga kita berjaya
Mengecap kejayaan
Di dunia dan di syurga
Ameen!

Duhai hati
Cukuplah resah gelisah itu
Pinta pada ya ilahi
semoga semuanya diberkati
Cukuplah berlengah-lengah itu
Kuatkan semangat dalam diri
Buang rasa rendah diri
Berdiri dengan jati diri
In shaa Allah akan berjaya satu hari nanti!


Ya Fattah Ya Aliim Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahiim semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Ameen


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text