Social Icons

Pages

Thursday, July 21, 2011

Stress

Assalamualaikum w.b.r.t
Ok.... hari ni bukan  nak cerita pasal tekanan perasaan tapi tekanan dalam mekanikal....
Jom kita belajar same2....

Jadi, pertama sekali kena la terangkan maksud stress tu kan....
Tekanan (stress) yang di alihbahasa dari www.engineersegde.com menyatakan bahawa tekanan adalah rintangan dalaman sesuatu bahan untuk perubahan bentuk akibat daya luar. Ia boleh di ringkaskan kepada daya per unit permukaan/luas permukaan keratan rentas. Tekanan, σ= F/A.

Terdapat pelbagai jenis tekanan (stress), iaitu
1) Residual stress = tekanan ini berlaku akibat proses pembuatan yang meninggalkan tekanan pada bahan. Contohnya proses kimpalan menghasilkan residual stress pada bahan kimpalan.
2)Structural stress = tekanan ini terhasil pada bahagian-bahagian struktur disebabkan berat yang ditanggung. Berat bahan tersebut boleh dianggap sebagai punca daya /beban.
3)Shear stress= Apabila dua bahan gelongsur antara satu sama lain, shear stress terhasil
4)Tensile stress = berlaku apabila satu bongkah ditarik pada kedua-dua hujung 
5)Compressive stress =berlaku apabila bahan ditekan pada kedua-dua hujung 
Compressive stress dan tensile stress juga dikenali sebagai normal stress iaitu stree yang terhasil serenjang dengan permukaan bahan. 
6)Equivalent Von Mises stress = Tekanan efektif untuk bahan yang mulur (ductile), digunakan dalam analisis tiga dimensi.



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text