Social Icons

Pages

Thursday, July 27, 2017

Menulis satu terapi


Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis.
                    [Ayat 1 Surah Al-Qalam] 



Teringat salah satu segmen Ustazah Nor Hafizah Musa di radio ikim petang khamis satu waktu dahulu menceritakan tentang ayat tersebut.
Ustazah menceritakan betapa pentingnya kita mencatat ilmu yang kita pelajari hingga Allah bersumpah dengan menggunakan perkataan qalam iaitu pena.

Menulis.
Ya aku juga sedang menulis.
Menulis thesis yang berat. 
Betapa ilmu Allah itu sangat luas.
Untuk menulis sesuatu kita perlukan ilmu.
Untuk mendapatkan ilmu kita perlu membaca.
Makin kita baca makin kita rasa banyak yang kita tak tahu.
Kadang diri ini buntu. 

Oleh yang demikian aku alihkan perhatian aku kepada penulisan santai di blog ini. 
Satu medium santai yang sudah semakin dilupakan. 
Mungkin kerana kesibukan dunia. 
Mungkin juga kerana terlalu banyak medium diluar sana yang lebih sensasi seperti instagram, facebook dan whatsapp. 
Namun,jujur bagi aku. 
Aku masih selalu melayari blog.
Untuk resepi-resepi. tips keibubapaa. Hobi. dan sebagainya.
Kerana apa? 
Info di blog lebih mudah disimpan berbanding info-info di facebook dan instagram. 
Malah penulisan di blog juga lebih berdisiplin dan sedap mata membaca berbanding bahasa pelik-pelik di facebook. 

Untuk itu selain dari menghabiskan penulisan thesisku. 
Aku bercadang untuk kembali aktif menulis di blog ini sebagai satu terapi dan dalam masa yang sama mengasah mindaku untuk merangka ayat, berfikir dengan kritis dan kreatif dan berkongsi ilmu dan pengalaman...
Juga memperbaiki bahasa melayu dan inggerisku. 

Ada beberapa tajuk atau isu yang telah berapa dalam mindaku yang dicadangkan untuk aku tulis dalam entri-entri yang akan datang. 

1.Ulasan buku.
Sempena aku dapat kad siswa 1Malaysia yang dulunya adalah baucer bukudan aku masih ada beberapa buku yang masih belum khatam. Rasa bersalah nak beli buku baru bila buku-buku lama masih belum dibaca. Jadi hasrat dihati nak habiskan baca buku-buku tersebut dan seterusnya akan ku kongsikan isi buku tersebut di laman blog ini. In shaa Allah. Semoga Allah ya Fattah ya A'lim Ya Baari' mudahkan. ameen.

2. Perkembagan Ammar. 
Ammar dan setahun setengah, mak dia ni sibuk benar tak pernah tulis perkembangan dia kat mana-mana. Konon-konon boleh ingat. 😅. Tapi sunnatullahnya, manusia mudah lupa. 
So in shaa Allah, nanti ummi rakamkan perkembangan Ammar kat blog ummi ye. Nanti Ammar dah besar nanti Ammar boleh baca. 😊.

3. Ilmu berkaitan kajian PhD ku dalam bahasa mudah. 

4. Pengalaman  ke Kota Kinabalu (2015), Jakarta (2016), Bangkok (2017).

Nampak tak, banyak sebenarnya benda nak tulis. Tapi kadang kemalasan melampau. Pastu bagi alasan sibuk..😅😅😅😅. Semoga Allah ya Fattah ya Muqtadir memudahkan segalanya. Ameen. 


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text