Social Icons

Pages

Monday, February 20, 2012

Saat yang aku tunggu selama ini


Alhamdulillah
Aku da selamat melepasi  check point itu
check point pertama
di mana di check point ini aku boleh memecahkan batu yang selama ini tertanggung berat di bahu

mungkin untuk sementara waktu
kerana selepas ini
aku masih memerlukan batu2 itu sebagai senjata di check point2 yang akan datang

perjalanan menuju ke check point ini
ku anggarkan perjalanan ini
seperti mendaki gunung yang tinggi
aku melangkah agak laju di kaki bukit
tetapi kaki ku seperti kejang seketika ketika hampir diatas
juga hampir sesat di celah2 pokok 
serta kadangkala terasa tidak terlarat mengejar rakan-rakan seperjuangan

di saat akhir itu
aku seperti berda di hujung gunung yang curam
aku perlu terjun ke jurang itu untuk ke check point seterusnya
tetapi ketika itu ku rasakan aku lebih banyak termenung di tebing jurang
memikirkan kiranya aku terjun
adakah harimau atau gajah akan menyerang aku
atau si ular atau kala jengking akan mematuk aku

dan tiba2 di kala aku termenung itu, 
aku ditolak
lalu jatuh 
hmmm.... ketakutan dalam diri aku memang melampau
kadang2 merimaskan aku sendiri

alhamdulillah
realiti tidak sesukar mimpi
aku bersyukur padaMu ya Allah
kau tunjuki jalan di setiap permasalahan
Syukran

Dalam perjalanan menuju puncak ini
Ramai yang menolong dan memberi semangat
Seperti perjalanan explorace ataupun merentas desa
aku sedang berlari dan ramai pemberi semangat di luar trek
termasuk juga pertolongan dari rakan2 dalam perjuangan yang sama
dikala aku jatuh dan memerlukan bantuan
terima kasih kalian
Semoga hidup kalian sentisasa dirahmati Allah s.w.t

Saat ini
Masanya untuk bertawakal
Semoga apa yang aku kumpulkan sepanjang perjalanan ini 
dapat di terima oleh penjaga check point itu
aku sangat risau
sebenarnya sangat risau
adakah mereka akan menerima ia
sebagai batu permata
atau di ambil kira sebagai kaca
yang perlu aku gilap lagi

ya Allah...
lembutkanlah hati mereka 
untuk menerima hasil kerjaku
dan semoga perjalanan ku menuju puncak ini berjalan dengan lancar
InsyaAllah
doakan daku




 
biar lambat asalkan selamat ?  
-rindu plak kat kiki ni

ingin lompat tinggi dan laju seperti kamu.... 
Ayuh!... menuju check point seterusnya =)

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text