Assalamualaikum....
"Demi masa sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
-Surah Al-'Ashr-
Seorang yang kaya, akan diuji dengan kehilangan hartanya
Seorang yang sihat akan diuji dengan penyakit
Seorang yang sibuk akan diuji dengan kekurangan masanya
Seorang pemimpin diuji dengan masalah rakyatnya
Seorang ibu diuji dengan kerenah anaknya
Seorang pelajar diuji dengan kegagalannya
Jatuh bangun manusia kesemuanya ujian Yang Maha Esa
Kerna Dia ingin menguji keimanan kita
Menilai realiti manusia
Terutamanya yang terlibat dalam dunia research
Semuanya ingin bahan diuji
Dengan perbagai cara dan equipment
Untuk mengetahui dan mendapatkan result yang terbaik
Inikan pula Dia
Raja segala manusia
Tentu sahaja ujian itu diberi untuk menguji ketahanan dan ketabahan hamba-Nya
Untuk memilih mereka yang terbaik untuk di masukkan ke dalam syurga yang abadi
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan.
Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia
mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan
Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan
Allah” (H.R.Tirmidzi)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang
muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan,
gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya
itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan
Muslim)
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh
menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik
dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila
mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan
apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik
baginya.”(H.R.Muslim)
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
Dia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan)
yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
Maka apabila kamu telah
selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh
(urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”
(Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku
kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
p/s:
Aku tak sekuat yang disangka.
Setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.
Terima kasih kerana berada di situ ketika itu dengan reaksi itu.
No comments:
Post a Comment