Social Icons

Pages

Tuesday, August 7, 2012

Cerita minggu lalu

//19 ramadhan 1433H//

Assalamualaikum w.r.b.t
Ini cerita minggu lepas.
1 ogos 2012.
Tapi baru nak tulis hari ini.

Alhamdulillah.
Rezeki ramadhan.
Kak su ajak kami anak usrahnya berbuka di pejabat ikram.
Aku sampai agak lewat.
6.45 petang.
Mereka dah baca 3/4 almathurat.

Tepat pukul 7.00 malam.
Seorang makcik memaklumkan bahawa kita akan bertadarus alquran bertiga-tiga.
Aku, fadh dan iman bertadarus bersama sebelum kak su menyusul.
Beberapa kesalahan tajiwidku diperbetulkan oleh mereka.
Bersyukur dikurniakan momen sebegini.
Ya Allah, masih banyak yang aku perlu pelajari.
Membaca seorang diri memang banyak kecuaian yang dilakukan.




Oleh yang demikian, aku sangat berharap akan bertemu lelaki seperti yang berbaju hijau dalam gambar diatas yang akan menjadi imamku dan membimbingku. Semoga impianku terkabul, doaku di bulan ramadhan ini termakbul. Amin. (**mode gedixs, ahaks!..x kire, korang kena aminkan jugak, semoga doa kalian juga termakbul. Amin ;p)

Ok, sambung cerita.
Setelah berbuka dengan nasi putih lauk kerabu, kami solat berjemaah bersama.
Usai solat, makcik imam itu memulakan doanya.
Ayat demi ayat.
Suaranya semakin syahdu.
Ya! dia sedang menangis!
Esakannya semakin kuat.
Aku..
Menjadi makmum selang dua orang.
Sangat dekat.
Tangisan itu syahdu.
Aku cuba untuk menangis sepertinya.
Tapi gagal!!
Ohh... mahal sangatkah air mata ini.

Seseorang post di laman muka buku beliau.
Beberapa rangkap dari artikel berkenaan bermain di minda

Dengan tidak mengetahui bila saat kematian, pernahkah kita menangis jika tidak sempat bertaubat?
Dengan tidak mampu mengikuti kehidupan Rasulullah, pernah kita kita menangis malu?
Pernahkah air mata kita, menitis kerana-Nya?
Siapa menangis kerana-Nya, dia terselamat
Allah SWT amat memahami keadaan manusia. Allah tahu betapa manusia ini mudah pecah dan lemah bila diasak dengan ujian. Sebab itu, terlalu banyak hakikatnya talian hayat untuk insan yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Antaranya adalah tangisan.
Kekuatan tangisan yang ikhlas kerana Allah SWT, hingga mampu mengheret kita untuk berada di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Ohh... Egonya diri ini.
Kerasnya hati ini.
Tidak mampu menangis keikhlasan kerana Allah seperti makcik itu.
Hanya pabila keadaan sangat mendesak. 
Baru diri meronta-ronta meminta pertolongan.
Pabila keadaan seperti jalan yang lurus.
Hanya berdoa agar jalan itu tiada rintangan.

Manusia.
Seringkali alpa.
Seringkali lupa.
Nikmat inifiniti yang Allah telah kurniakan.
Malah masih meminta itu dan ini.

Nasihat untuk diri sendiri
Diquote dari artikel tadi
"Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula."
Ya Allah, bersihkanlah hati ini. Lembutkanlah hati ini.

p/s: Oh ya.. Alhamdulillah... I already take my Ielts. But, i still need your dua... Pray i will get good result. InsyaAllah Band 7 or more and then, proceed to the next stage. Thank you...May Allah bless u.. Muuah!

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text