Social Icons

Pages

Monday, August 13, 2012

"Selalulah melihat kebawah, anda akan berasa syukur. "


Alhamdulillah.
Jika ramadan tahun lalu berkesempatan berbuka bersama warga raudhatul sakinah, tahun ini rezeki meraikan anak-anak yatim.

Pengalaman 6 jam bersama mereka membawa seribu erti.
Program Tautan Kasih ini berlangsung di Masjid Tan Sri Ainuddin, Taman Universiti pada 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadan 1433H.
Pada mulanya jasa kami diperlukan untuk menjadi supir sahaja, iaitu menyediakan pengangkutan kepada adik2 tersebut.
Tetapi, disebabkan para fasilitator kekurangan sumber tenaga, kami dengan sukarela membantu untuk program remaja sekolah menengah.

Program berlalu dengan beberapa sesi motivasi seperti menyelami apa cita2 dan harapan mereka, memberi semangat dan sebagainya.
Sesi paling syahdu bermula pabila paklong menyerahkan setiap seorang sekeping kad untuk di tulis  dan seterusnya di berikan  kepada ibubapa dan penjaga.
Sebelum menulis sebarang ayat di atas kad raya tersebut, kami di pertontonkan dengan dua video untuk menjadi sumber idea mengarang ucapan.
Salah satu video tersebut ialah video di bawah.

Paklong kata video tersebut dirakam pada salah satu program beliau.
Ya!..sangat syahdu.
Air mata kami x dapat dibendung.

Ya Allah, aku sangat bersyukur.
Masih mempunyai ibubapa, keluarga.
Alhamdulillah.

Antara banyak2 cerita adik2 anak yatim ini.
Satu cerita betul2 menggamit perasaan.
Seorang pelajar perempuan, form 4.
Ibubapanya telah bercerai dan
ibunya meninggal akibat barah tahun lalu.
Sekarang, beliau tinggal bersama adik2nya sendirian berhadapan dengan rumah datuk dan neneknya.
Beliaulah yang menguruskan semua perbelanjaan yang nafkahnya diberi oleh ayah, menguruskan makan minum adik2, basuh baju, bil2 dsb.
Dan dalam masa sama perlu menumpukan pelajaran untuk spm tahun akan datang.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada dia dan juga anak2 yatim yang lain.
Semoga mereka tabah.
Sesungguhnya amat sukar untuk aku menggambarkan perasaan itu.

kami, supir2 yang comel bersama makcik nailah

group kami; aku, k.as dan k,yati bersama adik hanisa, adik sakinah dan adik zalika.

Akhir kata,  jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Nak kongsi jugak iklan raya paling best untuk tahun 2012 (^,^)



2 comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text